Thursday 7 June 2018

REVOLUSI BERDARAH SOEMATERA TIMOER

Cuba lihat pada gambar dibawah ni. Nampak seperti para bangsawan Melayu kan?
Tetapi mereka bukan di negara kita. Mereka adalah dari Sumatera. Mereka semua adalah putera2 sultan di beberapa kesultanan di Sumatera Timur. Kebanyakkan putera2 sultan ini serta kerabat mereka hanya bertahan sehingga tahun 1946 sahaja, malah nyawa mereka pun berakhir pada Mac 1946. Apakah sebabnya 1946?

Sumber: Mohd Aznam dan Sengal
Paranormal Team - SEPAT



* Gambar Putera-putera Melayu di Sumatra Timur dari Royal Houses of Deli, Langkat dan Serdang *

Pada tahun tersebut ada peristiwa besar telah berlaku.

Pertama, rakyat Indonesia sedang melawan penjajah Belanda dan kedua, pembunuhan besar2an keluarga kesultanan Melayu di Sumatera. Bukan satu malah banyak Kesultanan seperti Kesultanan Asahan, Deli, Langkat, Serdang dan lain2. Sultan Serdang, Sultan Sulaiman Syariful Alam Shah dipercayai telah dibunuh oleh perusuh-perusuh.

Dari beberapa artikel yang dibaca, peristiwa ni berlaku hanya dalam satu malam sahaja iaitu pada 4 Mac 1946. Bukan Sultan saja dibunuh malah keseluruhan ahli keluarga mereka termasuk kerabat2 dan waris mereka yang diketahui oleh para perusuh. Malah yang ada gelaran "Wan" dan "Tengku" juga habis dibunuh.



Kaum wanita pula malah puteri-puteri Sultan diperkosa dan kemudian dibunuh. Kejadian zalim saling tak tumpah seperti
Bosnian genocide.

Puncanya begini, Kesultanan2 melayu ini kaya raya dan mereka kebanyakannya mengupah atau menggaji buruh2 yang kebanyakkannya dari pulau Jawa dan sampai ke satu tahap, penduduk luar ni terlebih ramai dari penduduk tempatan.



Seperti yang berlaku di sini jugalah British nak buat Malayan Union menggesa SultanSultan kita supaya bersetuju tetapi nasib baik tak menjadi. Di Sumatera pula, Belanda memaksa beberapa Kesultanan Melayu di sana supaya akur dalam therma perjanjian dengan Belanda, kerana sesuatu sebab kesemua Sultan-Sultan Melayu ini terpaksa akur. Parti Komunis Indonesia (PKI) yang sama berjuang dengan Sarekat Islam dan Sukarno untuk menghalau Belanda telah mewarwarkan kepada seluruh rakyat Sumatra bahawa Sultan-Sultan ini telah mengkhianati perjuangan memerdekakan Indonesia Raya.



Sukarno dan Sarekat Islam tidak sempat untuk berbuat apa2 untuk membendung rusuhan yang diapi2kan oleh PKI, sebab mereka terpaksa berhadapan dengan bala tentera Belanda di Pulau Jawa.

Sudahnya, habis segala keturunan, istana2 termasuk budaya kesultanan Melayu hancur. Jarum2 PKI semakin ampuh.

Selepas Indonesia merdeka pun mereka masih lagi cuba membuat onar. Selama 2 dekad PKI cuba lagi, tidak cukup dengan kehancuran Kesultanan Melayu Sumatera, Jeneral2 besar Indonesia pun dibunuhnya dalam peristiwa Lubang Buaya. Jeneral Suharto yang sudah cukup bersabar sejak sekian lama bertindak balas dengan menggulingkan Presiden Sukarno yang mula terpengaruh dengan ideologi Komunis ni dan sudahnya seramai 2 juta anggota Parti Komunis Indonesia terbunuh dalam konflik dengan kerajaan Indonesia.



Itulah sebabnya semasa Acara Perasmian dan Penutup Sukan SEA Palembang yang lalu, kita dapat melihat budaya mereka yang saling tak tumpah seperti budaya melayu di Malaysia, berbaju melayu, berbaju kurung, adat resam, rentak2 muziknya....

Terima kasih lah kepada Belanda dan Inggeris dengan kerja-kerja kejinya dalam Perjanjian 1824 yang memisahmisahkankan nusantara ini.

No comments:

Post a Comment