Friday 8 June 2018

KETUANAN MELAYU


Oleh: Penulis Muda Melaka

Mungkin TS Rafidah kurang faham apa itu maksud dengan ketuanan Melayu ini. meh saya terangkan sikit.

'Ketuanan Melayu' sendiri di-terjemah kepada Malays Supremacy (keagungan Melayu) dalam bahasa Inggeris seterusnya menyebabkan ramai menterjemah kembali ungkapan tersebut sebagai meletakkan orang Melayu sebagai 'tuan' sementara bukan Melayu sebagai 'hamba'.

Faktor pemahaman bahasa ini menjadi antara punca utama 'ketuanan Melayu' ditakuti orang bukan Melayu. Terjemahan Malay Supremacy itu sangat buruk dan meletakkan orang Melayu umpama watak jahat seperti gerakan

White Supremacy (keagungan kulit putih) masyarakat Australia sekitar 1950-an dan Ku Klux Klan di Amerika Syarikat serta Nordic Supremacy di Eropah.

Inilah yang berlaku terutamanya dalam kalangan orang bukan Melayu yang menyamakan konsep ketuanan Melayu dengan sistem hamba abdi dan dalam situasi ini, bukan Melayu disifatkan sebagai golongan hamba.

Mereka sepatutnya faham itu cuma perumpamaan Melayu sebagai 'tuan rumah' ke atas Tanah Melayu (Malayland) seperti mana Thailand untuk orang Thai, China untuk orang Cina dan India untuk orang India. Ada satu sahaja Tanah Melayu di dunia ini.

Jika kita faham sejarah, maka sepatutnya kita tahu bahawa rantai ini digelar Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang merangkumi selatan Thailand, selatan Filipina, Tanah Melayu, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Konsep Ketuanan Melayu itu cuma menggambarkan kesinambungan kekuasaan dan pemerintahan sistem raja -raja Melayu di rantau ini sejak zaman kerajaan Srivijaya sejak abad ketujuh Masihi yang dianggap empayar Melayu pertama dalam rekod sejarah.

'Alam Melayu' tidak akan berpecah menjadi beberapa negara berlainan jika tiada sejarah penjajahan Eropah tetapi 'Melayu' tetap tidak akan hilang di rantau

Saya faham ada anak muda sekarang yang bagi mereka seseorang yang lahir di negara ini sudah cukup untuk menerima layanan 'sama rata', ini termasuk anak muda Melayu sendiri, bukan Cina dan India sahaja.

Mereka perlu faham asas dan sejarah penubuhan negara kita. Negara ini ada raja yang kita panggil 'Tuanku', bukannya untuk gambarkan Melayu tuan, sementara bukan Melayu itu hamba sebaliknya raja itu lambang pemerintahan, agama dan perpaduan yang perlu dihormati.

Selama Rafidah ini menjadi menteri UMNO, dia lah antara org yang bercakap supaya kita mempertahankan UMNO tapi
sekarang skrip dah jadi lain.

No comments:

Post a Comment