Wednesday 23 May 2018

UCAPAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA II

Ucapan YB Tan Sri Annuar Musa
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Ketika Perasmian Serentak Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan2 UMNO Bahagian Tg Malim, Perak
AHAD, 20 Mei 2018

SEBAB BERJUANG

1.Allah menguji manusia ikut kesesuaian dan berpadanan dengan keupayaan setiap orang. Allah lebih mengetahui apa natijah dan apa bakal menyusul selanjutnya selepas drp ini.

2.Parti UMNO bangkit dalam suasana hilang kuasa. Waktu UMNO ditubuhkan pada 1946 dgn tiada kedudukan, tiada
kuasa, tiada pangkat dan tiada sebarang kemudahan. Dan kita berjuang dalam keadaan sedemikian selama 1 dekad lamanya, dari 1946-1957.

3. Ingatlah kita berjuang selama 1 dekad, selama 10thn tanpa pangkat, tanpa kuasa sebelum Allah berikan 70thn kemenangan. Hasil 10 thn berjuang tanpa pangkat, kuasa, Allah pinjamkan selama 7 dekad kekuasaan. Barangkali 70thn itu semangat juang 10 thn pertama telah mula luntur, mungkin dlm 70thn itu kita terlalai, mungkin dlm 70thn itu roh perjuangan digantikan pula yg lain termasuk soal2 kebendaan.

4. Mungkin ramai yg belum menyangka perjuangan itu utk pangkat, utk
kedudukan, utk kekayaan, utk kebangaan, maka Allah menduga kita, yg pastinya sesuatau tidak mungkin berubah dulu, kini dan masa-masa akan datang ialah seperti pesan Allah "Wahai org2 yg beriman, jgn sesekali kamu mati melainkan kamu mati dlm Islam."

PERJUANGAN LOMPAT SI KATAK LOMPAT

5. Apa maksud mati sebagai pejuang, bukan sbg org fasiq, bukan sbg musyrik, bukan sbg dayus, bukan sbg katak yg suka melompat, bukan mati pada mengejar-ngejar harta benda, tetapi matilah dalam berjuang kerana Allah...itulah asas perjuangan parti kita, Lilahi Taala.

5. Kalau dah 400thn kita dijajah oleh org yang seagama yg telah meletak tinggi syiar kita, yang membela untung nasib bangsa kita, tanpa perlu menentang penjajahan Portugis & British, parti kita tak mungkin terwujud. Barangkali kalau dah tinggi syiar agama kita, sudah terbela nasib bangsa kita, tak perlu wujud sebuah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersekutu. Itulah ada kelahiran perjuangan kita.

7. Oleh kerana 446thn urusan agama, urusan martabat, urusan bangsa tidak terjaga tidak terurus dgn baik, akhirnya kita tubuhkan satu wadah kerana apa.. bukan kerana pangkat, kerana apa...bukan kerana harta, kerana apa...bukan kerana kedudukan, tetapi ia
lahir daripada hati nurani, semangat perjuangan kerana tak mahu kita nyawa yg dipinjam oleh Allah, kemudian kita menjadi org yg beriman, dan org2 yg beriman tidak mati berjuang dlm jalan agama.

8.Kepada semua pejuang, masa utk bersedih dah berlalu, masa utk kesal juga dah berlalu, hatta masa utk menuding jari sudahpun sepatutnya berlalu. Pejuang mestilah bersiap-siaga utk memandang ke hadapan, selagi mana kita faham dr mana kita dtg & ke mana seterusnya kita akan pergi. Dalam ayat 103 Surah Ali Imran jadi peringatan, berjuang menegakkan Islam bukan jalan yg mudah, menegak Islam bg kita adalah 1 kewajiban. Allah cipta kita sebagai manusia untuk mengabdikan diri dan tunduk kpd Allah.

9. Kemuliaan kita tidak terletak kpd pangkat, tidak terletak pada harta, tidak pada kuasa, tetapi iman itu letaknya sejauhmana kita tunduk mengabdikan diri kpd Allah SWT. Apabila Islam diberikan & dibawakan kpd kita, "tidak aku utuskan Kamu Wahai Muhammad melainkan sebagai Rahmatan lil "alamain", maka pekerjaan kita adalah utk panjangkan wasilah & wasiat ke arah membawa Rahmatan Iil 'alamin kpd umat. Org yg berjuang dlm jalan ini ialah berjuang dlm kebajikan, menang atau kalah itu bilang undi atas kertas undi di dunia, tetapi undi juga dibilang di Akhirat. Menang atau kalah itu dalam tempoh setiap 5thn utk tentukan kuasa, tetapi bilang undi di Akhirat, terimalah ganjaran Allah buat selama-lamanya.

TANAM DULU

10. Barang siapa berjuang dlm UMNO kerana kuasa dan kedudukan, hari ini terimalah hakikat bahawa kuasa dan kedudukan sudah hilang, brg siapa memilih berjuang kerana Allah, utk agama, perjuangan itu ada di hadapan buat selama-lamanya, ganjaran tetap akan diberikan oleh oleh Allah swt. Maka TANAM dulu keyakinan perjuangan UMNO itu Lilahi Taala. Perjuangan itu ialah menyambung apa yg ditinggalkan oleh Rasulullahi saw. Nabi pun diuji dgn menang & kalah, inikan pula kita manusia.
11 . Memang fitrah manusia akan berdukacita, saya faham fitrah manusia ini. Kita baru seminggu kalah, hari itu saya ke Kampar, saya berucap dlm sebak menangis, bukan saya sedih kalah, saya pernah kalah di Kelantan, tetapi waktu di Kampar saya sedih lihat kehadiran org mcm Tok Batin Kuala Dipang, org Cawangan, org kampong biasa, org yg bukan dpt pangkat, bukan dpt YB, bukan harta, bukan dapat kontrak, mereka BERISTIQAMAH dgn UMNO membuatkan kami org besar2 rasa malu dgn org kecil2 di bawah, sedang yang meninggalkan perjuangan itu org besar2, yg lari dari perjuangan org besar2, yg bergaduh sampai kita jadi pecah belah ialah org besar2...malu sungguh. Sebab itu kemudiannya Allah pesan "berpegang teguhlah dgn tali Allah, jgn kami bercerai-berai."

PUNCA PALING BESAR
12: Kita toleh ke belakang, adakah kita menjunjung pesanan & peringatan Allah ?
Ada org kata kita kalah sbb 1MDB, sbb GST, sbb kita tak suruh DS Najib berhenti. Semua itu kejadian baru, isu GST baru datang, isu 1MDB setelah Tun Mahathir gaduh dgn DSN. Ada benda lain sebab kita kalah tak usah nak cari salah tuding sana tuding sini, DSN dah cuba segala-galanya, kita pun dah cuba segala-galanya, tapi ada punca lain yg lebih besar, iaitu kita melanggar apa yg ada dlm Al-Quranul Karim, Tuhan pesan kita supaya berpegang teguh kepada tali Allah, termasuk perpaduan di kalangan umat Islam, hari ini terimalah hakikat bahawa punca kekalahan yg tak wujud selama 70thn dulu, tetapi wujud sekarang adalah berpunca daripada umat Islam yang berpecah-belah.

13. Dalam Ayat 46, Surah aI-Anfal, Allah sudah menyuruh kita taat kpd Allah & Rasulullahi saw & jgn bertelingkah antara satu sama lain "Jika tidak nescaya kamu akan CELAKA & HILANG KEKUATAN KAMU. Dan bersabarlah menghadapi dugaan dengan hati yg cekal, sesungguhnya Allah bersama org2 yg sabar"

14. Allah dah pesan berpegang pada tali Allah, jangan berpecah belah. Islam itu
biarlah jadi PENYATU sesama kamu. Jangan bercerai-berai, tetapi kita bercerai -berai.

KERAJAAN LOMPAT SI KATAK LOMPAT

15. Dah tahu UMNO ada 27 kerusi di Perak, Pas ada 3, campurjadi 30 boleh bentuk kerajaan, tetapi kerana tebal perpercahan, kita redha duduk bawah DAP dgn Kerajaan Lompat Si Katak Lompat. Mana dia keyakinan & amalan "berpegang teguh pada tali Allah, jangan kamu bercerai berai."
16. Kerana kita bergaduh siapa nak jadi MB, siapa nak jadi Exco, mungkin kita dok gaduh soal UMNO, biarlah UMNO mati, inilah peluang nak pijak UMNO, itu saja yg kita nampak kita, kita tak nampak tujuan yg lebih besar. Tidak cukup dgn UMNO dgn Pas tidak ada kesatuan, sama2 UMNO tak habis2 bergaduh.

17. Ada org kata Dr M bijak, lalu dia memimpin & menewaskan UMNO, itu tidak menghairankan sebab proses UMNO mati bukan dlm 5thn, UMNO ini dikerjakan supaya dia mati sejak 30thn lalu, tahun 1988 UMNO bergaduh dgn UMNO, Dr Mahathir gaduh dgn Ku Li UMNO pecah…hilang kekuatan, buka parti lain, lari sebahagian org UMNO... tak cukup berpecah pada 1988, 10 thn kemudian pada 1998 pecah lagi, Dr M bergaduh dgn Anwar Ibrahim, sumbat Anwar Ibrahim dlm penjara... yg 1988

belum pulih, pecah lagi 1998, hilang lagi kekuatan kita...masih boleh bertahan kerana kerana org bkn Islam dlm BN masih bersama dgn kita, mereka belum terbau darah, kita sama kita saja smell the blood...

tak sampai 10thn, pada 2008 bergaduh lagi antara UMNO Dr M nak jatuhkan Pak Lah. Pada PRU2008 org bkn Islam mula terhidu darah, terhidu org Melayu sudah kronik berpecah, org bkn Melayu bersatu tarik undi...waktu Pak Lah nak diturunkan saya org terakhir pertahankan dgn teori kekalahan 2008 bkn kerana kelemahan Pak Lah saja, tetapi ada fundamental shift dlm Chinese politic, itu teori saya saja, takde siapa pakai, tinggal saya sorang...
ringkas cerita DS Najib ambil alih utk memperkuatkan UMNO, nak org yg lebih muda, datanglah dgn logo 1 Malaysia, nak memujuk org bukan Melayu, akhirnya org bukan Melayu tak pakai pun logo 1 Malaysia, kita berkursus fasal perpaduan, nyanyi 1 Malaysia, tetapi org bkn Melayu sudah terhidu Melayu ini
Melayu yg lemah, kerana suka berpecah-belah...

QUARELL OF ALL QUARELLS

18. PRU 2008 prestasi kita merudum, kita berjaya sekejap pada 2011 , tetapi mereka terhidu darah, mereka sudah terhidu peluang terbaik, maka mereka menunggu bila 2013 ini kalilah belum menjadi, tiba2 mereka melihat satu peluang keemasan,

the mother of all the battles sebenarnya the quarrel of all the quarrels…

Sekali lagi Dr M atas pergaduhan peribadi dgn DSN, perebutan kuasa peribadi, yg dijolok2 beberapa kroni di belakang kerana tak puas hati dgn menteri yg tak ikut rentak "my way", akhirnya berlakulah pergaduhan yg besar 2018...

19.Barulah datang janji2 nak hapus GST, nak hapus Tol, 1 MDB ke, itu semua datang kemudian, itu alasan2 utk memenangkan pertempuran, alasan2 utk memperdalamkan kebencian rakyat kpd pimpinan, rakyat pun terima apa saja yg disaji, sama ada cerita betul atau tak betul, yg bawanya org fasiq atau tidak, semua diterima tanpa usul periksa, terima semua sekali, tak tahu dah peringatan Allah "berpegang teguhlah kpd tali Allah, jangan kamu bercerai-berai." roh & semangat perjuangan entah ke mana.

20. Bila terbentuk gagasan PH saya dah ingatkan PH akan jadi a DAP led government, org nafikan, org Melayu nafikan, org muda Melayu menafikan, mahasiswa Melayu menafikan, sedang saya kata pilihanya ialah antara UMNO led BN yang berpaksikan pimpinan Melayu & Islam atau di hadapan kita DAP led opposition...sekarang apa dah jadi, ya Dr M Perdana Menteri tetapi dgn 12 kerusi saja.

HE IS THE PRIME MINISTER, BUT WHO RULES ?
21. Inilah pertama kali dlm sejarah, Perdana Menteri Negara kita hanya ada 5% kerusi di Parlimen, patutnya Perdana Menteri adalah org paling berkuasa dan boleh arah org lain dengan 50%, tetapi kini PM hanya dgn 5% drp 222 kerusi dia jadi PM.
 
YA DIA JADI PERDANA MENTERI, TETAPI SIAPA YG MEMERINTAH ?

Dalam politik yang memerintah ialah siapa ada banyak kerusi, kuasa yg lebih besar, hanya 12 kerusi...DAP boleh kata kalau tak ikut kami, kami undurlah, kamu boleh pergilah...ka|au tak buat apa kami nak, kami tarik sokongan, jatuh masa tu juga...NYAWA POLITIK DR MAHATHIR BOLEH DITURUNKAN DLM 24 JAM, ANYTIME

MATA KAIL DAH MASUK SAMPAI KE PERUT

22. Lihatlah di Perak Peja dari PPBM jadi MB, tetapi PBBM ada 1 kerusi, DAP ada 18 kerusi, anytime DAP boleh kata you tak ikut, kami tarik sokongan, kamu jatuh sbg MB, HIDUNG BUKAN SETAKAT DICUCUK, TAPI MATA KAIL MASUK SAMPAI KE PERUT. Tak boleh buat apa2 lagi...inilah DAP Ied government, Melaka pun sama, Negeri Sembilan sama, di Johor pun sama.
23. Mereka inilah DAP led govt, parti-parti lain bergaduh. Anwar Ibrahim gaduh dgn Dr M, tubuhkan PKR, apakah ideologi, entahlah, tidak ada ideology. Mat Sabu gaduh dgn Ustaz Hadi, buka PAN, apakah ideologinya? PBBM ditubuhkan bila TSMY kena tendang, apakah ideology PBBM?

24. Tetapi DAP, LKS kata ialah sebuah parti yg perjuangkan ideologi yg tertentu. Buka perlembagaan DAP, ideologinya memperjuangkan sosialis & kesamarataan, mereka tak lari dari membawa ideologinya. Apa lagi dalam keadaan mereka dipimpin oleh evangelist Christian personalities. Sosialis itu ada gerakan antarabangsa, bacalah Deklarasi Setapak 1967, mereka memperjuangkan sosialisme dlm negara kita & kemuncak idelogi gerakan sosialis itu ialah kesamarataan...tiada Raja atau rakyat, semuanya sama, tiada kaya & miskin, tiada bumiputera & bukan bumi.

25. Sekarang kita belum nampak, tetapi unsur2 itu mula ditanam...itulah reality & sekarang sudah berani mereka minta jadi TPM, minta SJKC, mereka kata tak patut ada sekolah tahfiz, sekolah agama, LKS dulu lagi dah persoalkan kenapa RTM hanya siar rancangan agama Islam, kenapa tak ajar agama budha, agama kristian...tunggulah masanya AI-Quran dah sebut semuanya, bukan benda baru semua ini.

KEMENTERIAN PALING BERKESAN BENTUK MINDA, NILAI MASYARAKAT
26. Kenapa ini semua terjadi, ada org kata kita cuma menakut-nakutkan, politik kita rasis. Lepas 7 dekad PRU kita serahkan kuasa, tetapi selepas angkat sumpah jadi PM, kuasa terletak pada Jemaah Kabinet, menteri kewangan bagi kpd DAP. Kementerian paling penting utk membentuk minda & system nilai negara adalah KKMM, menguasai Celcom, Maxis, Astro, RTM, siaran antarabangsa, segalagalanya di situ, kita sudah bagi kepada DAP.

27. Sekali kuasa hilang, 7 dekad belum tentu kita dapat kembali kepada kita. Kalau 7 dekad apakah akan berlaku, tidakkah mereka nak rombak apa kita bina 7 dekad lalu, bermula dgn Perlembagaan, Kedudukan org Melayu, Kedudukan agama Islam yang selama ini ikut acuan kita.

28. Buruk2 UMNO dikata org, hari ini
negara ikut acuan UMNO, acuan Islam. Dapat saya lihat muka org2 Felda. Dulu masa nak buka Felda di Kelantan, saya terlibat pilih org kampong saya, saya cari org yg tak bertanah, sebahagian besarnya pengayuh2 beca & penyadat (panjat kelapa buat nira) yg dulu kira golongan paling miskin dgn pendapatan RM3 sehari utk masuk Felda & Kesedar, masukjadi ke Hulu Kelantan. Baru2 ini saya ziarah Hulu Kelantan, rumah mereka sudah bertukar rumah batu, anak-anak kerja di Kuala Lumpur, bila Hari Raya ada 4-5 kereta bawah garaj depan rumah mereka.

Waktu harga komoditi baik, RM2,000 tak pandang. Sampai pernah org kata org Felda beli peti sejuk simpan baju sbb duit banyak, elektrik belum ada atau hanya ada 12 jam.

Bacalah surah Ar-Rahman, Allah bertanya berkali2 "Nikmat Aku yang mana lagi hendak kamu dustakan."

Anak Melayu dapat biasiswa Mara pergi belajar. Sebutlah apa saja, org Melayu, org Islam paling banyak dapat nikmat bawah BN.

29. Dulu kita kutip padi zakat, nak belajar agama kena kutip derma, nak buat surau nak buat masjid kutip derma. Bawah UMNO nak masjid besar mana? RM500k, RM1 juta, RM2 juta, RM1 5 juta, di Ketereh Masjid AI-Aisyah RM11 juta tak payah kita org kampong susah, kerajaan buat.

Anak-anak tak perlu belajar beragama, ada sistem kita dah siap, ada anak-anak jadi lebih pintar dari ibu bapa. Sekolah bawah BN ajar anak-anak jadi beriman & tahu ilmu agama. Pergi solat Terawih, solat Jumaat dulu tok imam umur 60-70thn, sekarang imam umurnya 16thn, 17thn, makmum pulak 60thn sbb anak-anak remaja hafaz 30 juzuk bawah sistem sekolah tahfiz dah wujud waktu BN UMNO memerintah.

30. Pergi Haji, dari rumah jemaah kita TH dah jaga, naik kapal terbang sampai ke sana bank TH bawa, doctor TH bawa, tukang masak TH bawa, segala ubat-ubatan TH bawa, tiada negara lain jaga jemaah hajinya seperti Malaysia jaga. Daripada org Felda, org miskin, drp org
tak berpelajaran, diuruskan segala macam. Nikmat Allah yg mana kamu hendak dustakan.

AZAB YANG AMAT PEDIH

31 . Tiba2 2018, kita campak ke laut semuanya. Tetapi berbunyi guruh di langit, habis air setempayan dicurahkan, konon bila naik kerajaan baru maka  1juta peluang kerja baru diwujudkan, baru 3 hari menang 36,000 kakitangan kontrak termasuk guru agama dibuang dgn kejam, yg dibuang itu guru takmir, guru AI -Quran ada yg dah 30thn kerja, berhenti serta merta, tak boleh tunggu lepas raya, ini rupa org Islam sbb ikut telunjuk DAP.
32. Allah mahu berikan kesedaran. UMNO bukan parti sempurna, bukan Nabi, UMNO bukan tak buat salah, walau pun buruk dikatakannya, tetapi kini tiba2 dah kata ekonomi negara katanya baik. Jelas selama ini semuanya fitnah tertanam hati diam2. Laporan BN menang saja. Sampai masa pada hari mengundi kerana mereka sudah terima persepsi.

33. Baru-baru ini saya pergi rumah DSN, pukul H malam. Sampai2 dia relaks saja sedang dunia Iain lain perkembangannya. Alhamdulilah mereka tenang, dalam hati Allah lebih mengetahui. DSN dah buat yg terbaik bagi pihak kita. Tak usahlah bila pohon kelapa condong, janganlah kita jadi beruk yang menitinya, pandanglah ke depan.

34. Allah juga mengingatkan kepada yang berpecah, nantikanlah azab yg besar. Sempena Ramadan ini sama2 kita mohon Allah ringankan azab hilang kuasa, mohon selamatkan negara kita, mohon Allah selamatkan agama kita. Kami terima ini sbg ujian, Ya Allah kami bertekad tidak akan putus asa, sesungguhnya solat, hidup & mati kami kerana Allah.
Disediakan oleh Penerangan HQ

1 comment:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa - JtmHub
    Borgata 보령 출장샵 Hotel Casino & 안동 출장샵 Spa is a premier destination in the world of luxury. The casino offers the latest in 영천 출장샵 Atlantic City's entertainment, 구미 출장마사지 dining, and 용인 출장샵 entertainment

    ReplyDelete