Tuesday 22 May 2018

"HAK MELAYU/BUMIPUTRA DI MALAYSIA."

Oleh: HE

The Patriots @thepart...
Hak istimewa orang Melayu yang dimiliki hari ini, sama ada milik Melayu Jati atau Melayu Dagang seperti Bugis, Jawa, Cham, Minangkabau adalah berkat daripada perjanjian nenek moyang kita dahulu ketika kemerdekaan Tanah Melayu.

Seperti mana yang kita tahu antara sebab orang Melayu menentang Malayan Union adalah pemberian kerakyatan kepada golongan bukan Melayu yang bermukim di semua jajahan British dan Tanah Takluknya akan mendapat kerakyatan secara jus soli.

Namun, antara syarat kemerdekaan yang digariskan oleh British memerlukan kerjasama antara tiga kaum utama di Tanah Melayu ketika itu. Tetapi… .orang Melayu yang sudah membina tamadun dan peradaban sejak 600 SM tidak senang dengan syarat itu.

Untuk rekod, sekurangkurangnya 1 Juta penduduk bukan Melayu harus diterima menjadi rakyat Tanah Melayu tanpa mengambil kira kemampuan mereka Berbahasa Melayu ketika itu. Bayangkan Bangla dan Indo hari ni harusjadi rakyat kita sebagai syarat untuk kita merdeka.

Orang Melayu masih lagi bertoleransi. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera.
Beberapa peruntukan undangundang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

Ya... hak keistimewaan yang dimiliki oleh bangsa Melayu boleh dihapuskan. Tetapi mestilah dengan persetujuan dengan orang Melayu. Ada sesuatu yang menjadi sebabmusabab kenapa orang Melayu seperti sangat sayang untuk melepaskan hak keistimewaan yang dimiliki oleh mereka.

Pertama adalah tentang mentaliti rakyat bukan Melayu di Malaysia, ialah faktor kecinaan dan keindiaan yang dibawa bukan Melayu dan tentang bagaimana liatnya mereka untuk berasimilasi ke dalam orang Melayu. Jangan salah faham.. .saya hanya mengulas dari sudut pandang orang Melayu.
Orang Melayu memandang golongan bukan Melayu sebagai cuba membina wilayah mereka sendiri dalam tanah air mereka. Sebagai contoh, apabila golongan bukan Melayu berkeras mahu mengekalkan bahasa ibunda, sekolah ibunda dan seumpama dengannya.

Kalau anda bukan Melayu mahu mengubah tanggapan orang Melayu dan memujuk mereka menghapuskan hak istimewa yang dimiliki oleh mereka, cadangan untuk menunjukkan kesediaan kalian berasimilasi dengan orang Melayu adalah mampu memujuk mereka.

Kalau di negara Inggeris, orang Cina misalnya ini boleh berasimilasi dengan mat saleh di sana sehinggakan menggunakan nama Inggeris di permulaan nama mereka, orang Melayu memandang kenapa tidak kepada diri mereka sendiri?

Orang cina Indonesia penuh berbangga memakai batik, bertutur bahasa Indonesia dan mempunyai nama berbaur keindonesian seperti Gunawan, Alan Budikusuma, Agus Indra Kurniawan dan Candra Wijaya.

Orang cina Thailand masih berbangga berbahasa Thai sebagai bahasa pertama mereka, berbudaya Thailand, menghormati raja Thailand selayaknya seorang TUHAN seperti orang Thai yang lain dan
menggunakan nama
Thailand seperti Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra.

Tapi kalau di Malaysia, ada yang nak guna UEC sebagai sistem pelajaran, tak fasih berbahasa dan menulis bahasa kebangsaan, masih terperap dalam sekolah jenis kebangsaan merangkumi bangsa sendiri sahaja dari sekolah tadika sampai ke menengah, anda fikir ia mampu pujuk kami?

Saya suka petik kenyataan sahabat saya Tai Zee Kin mengulas tentang memujuk orang Melayu menghapuskan hak keistimewaan Bumiputera yang dimiliki oleh mereka.

Orang-orang Cina ini pergi ke SJKC, atau sekolah swasta Cina, pergi ke Taiwan/ China untuk menyambung pengajian.
Sebahagiannya ke Singapura dan Eropah ataupun Amerika Syarikat.
Mereka tidak pernah berselisih dengan orang Melayu.

Mereka tidak tahu apa itu khutbah Jumaat. Mereka tidak tahu mengapa perempuan Kelantan dipanggil Mek (isikan nama di sini). Mereka tidak tahu mengapa lelaki Melayu Perak dipanggil Yob (isikan nama di sini).
Mereka tidak tahu dan tidak faham pemikiran dan cara hidup orang Melayu.

Secara dasarnya, mereka tidak mahu berintegrasi, bersepadu dan mencari titik persamaan dengan orang Melayu.

Tidak cukup untuk memberitahu orang Melayu yang mereka akan selamat dari kesan 'kecinaan'. Tidak cukup sekadar memberitahu yang mereka boleh 'hidup' dan 'rasa selamat' tentang kepentingan ekonomi dan pendidikan.

Untuk melihat ianya berlaku, orang Cina harus melonggarkan prinsip KECINAAN (bukan buang, cuma meredakan sedikit). Kita tidak boleh mengenepikan konsep Bumiputera. Ia bahaya.

Sahabat cina saya, Tai Zee Kin menggariskan solusinya:
1) Kita mengagungkan tinggalan keturunan nenek moyang kita (sekolah Cina, bahasa Cina, dewan perniagaan Cina, apa jua elemen CINA dari aspek pendidikan dan ekonomi).

atau

2) Kita mengasimilasikan budaya kita dengan budaya orang Melayu.

Untuk kita MENAMATKAN KONTRAK (Perkara 153) itu, kita perlulah mencari titik persamaan dengan orang Melayu.

Kesimpulannya di sini, hak keistimewaan Melayu ini mempunyai nilai sejarahnya yang besar. Untuk memujuk orang Melayu melepaskan hak ini, mereka yang bukan Melayu harus bersungguh menunjukkan mereka mahu menjadi Malaysian.
Tidak cukup sekadar propaganda "Im not Malay, Im Malaysian" padahal integerasi dan asimilasi ke dalam wajah Malaysian tidak wujud seperti mana di Indonesia, Thailand, USA dan kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang lain.

Saya akhiri bebenang ini dengan memetik kata-kata Editor The Patriots, @MiraLyana :

"Saya tak bersedia nak melepaskan hak keistimewaan bumiputera. Ia adalah satu identiti. Hilangnya keistimewaan bumiputera, di mana lagi hendak kita isi borang yang meminta taraf bangsa kita.

Bila tiada semua itu, lama kelamaan identiti bangsa peribumi hilang kerana tiada makna pada label peribumi. Pada masa sekarang, satusatunya situasi di mana orang kisah mengenai taraf bumiputera dan peribumi adalah bila bercakap mengenai keistimewaan.

Waktu nak beli rumah, waktu nak masuk sekolah dan universiti, nak mohon biasiswa. Kalau tak ada lagi makna bumiputera pada proses-proses ini, bermakna label dan taraf bumiputera hilang dan dilute begitu sahaja.

Apa lagi ertinya menjadi peribumi. Apa lagi ertinya membaca label bumiputera. Bila tiada keperluan untuk identify diri selaku bumiputera, maka apakah makna bumiputera?

Hilanglah satu jiwa dan sejarah tanah melayu."

-TAMAT-

Oh ya, ada fakta menarik. Di singapura hak keistimewaan Melayu itu wujud, tetapi ia hanya atas kertas sahaja apabila tak ada tindakan dari kerajaan langsung. Nah saya sertakan gambar.
-TAMMAT(Betul-betul, bukan cubaan)

No comments:

Post a Comment