Wednesday 23 May 2018

UCAPAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA I

Ucapan TS Annuar Musa
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
pada Perasmian Berkelompok Mesyuarat UMNO Cawangan 2018
Bandar Baru Kampar
Rabu, 16 Mei 2018

Realiti Perjuangan
1 . Saya asalnya hadir utk suntik semangat, tetapi nampaknya saya yg dapat semangat drp kehadiran pemimpin2 akar umbi UMNO Kampar.
2. Waktu Rasulullahi saw wafat, para Sahabat juga sukar menerima berita itu, malah ada yg marah apabila dikhabarkan Baginda saw telah wafat.
Lalu Saiyidina Abu Bakar r.a. berpesan sesiapa yg berjuang semata2 krn Rasulullahi saw, Rasulullahi saw sudah
tiada, tetapi sesiapa yg berjuang demi agama, maka itulah perjuangan utk selama2nya.
3. Dalam perjuangan sentiasa ada cabaran tertentu & ia adalah ujian drp Allahu swt.
PRU14 adalah PRU ke-8 bagi saya, no ahli 124 dr lbh 3 juta ahli UMNO. Memang kali ini majoriti saya naik 500%, nak 5 kali ganda, di satu negeri yg pertarungan politik sentiasa hebat.
4. Saya 3 kali kalah PRU, saya pernah hadapi pucuk pimpinan negeri Tg Razaleigh tinggalkan UMNO, saya tanya adakah saya budak kampung, Tg Razaleigh anak raja, saya budak lagi, baru 20thn lebih.
Saya kena pilih kalau nak nama, nak pangkat, ikut arus, nak duduk belah kuat, nak kuasa, nak duduk dgn anak raja & istana, maka saya kena tinggalkan UMNO, kena ikut rapat Tg Razaleigh. Tetapi saya beranikan diri, saya tak berjuang utk Tg Razaleigh, saya pilih utk terus bersama dlm perjuangan UMNO & saya tak tinggalkan parti. Saya kalah waktu itu, tapi saya beristiqamah & saya dpt rasakan dlm perjuangan politik itu sudah tentulah ada naik turunnya.
5. Kita kena tanya sendiri, kalau kita masuk politik semata2 nak jadi org menang, nak kuasa, pangkat, nak kedudukan maka tak heranlah ada yg berniat begitu lompat ke sana sini kerana mrk nak cari makan, nak pangkat, kedudukan & nak kuasa.

Penumpang Tak Setia, Tak Jujur
6. Biarlah parti kita kecil tapi kita terus dokong obor2 perjuangan drp ia besar tapi bawa ramai penumpangZ yg tak setia & tak jujur kpd perjuangan.
7. Kita kena ingat waktu kita tubuhkan UMNO kita takde kuasa, kita takde kedudukan, kita takde sbrg habuan, bukan sekejap pejuang & pengasas2 parti berjuang tanpa kuasa, kedudukan & wang.
8. Parti kita ditubuhkan pada 1946, kita merasa kuasa setelah merdeka pada 1957, bererti pengasas kita berjuang dlm serba kurang, tanpa kuasa lbh lOthn, dgn asas perjuangan mrk itu boleh kita kemudian nikmati kesenangan, kuasa & kemudahan.

70 Thn Nikmat dari 10 Thn Pengorbanan
9. 10thn mrk berkorban, 70thn pula kita dpt nikmat kuasa, apakah ini satu episod ujian Allahu swt kpd kita ? Dicabut kuasa drp kita, tak kanlah belum seminggu kuasa dicabut, kita lari lintang pukang mcm takde sikit pun kekuatan roh & semangat perjuangan.
10. Baru 6-7 hari diuji Allah, kita dpt lihat betapa rendahnya sebahagian dr kita dr sudut mendokong semangat & obor2 perjuangan, semuanya krn mengejar kedudukan semata2, kejarkan jawatan, kejarkan pangkat.
11. Bagi saya perjuangan ini perjuangan yg panjang, sgt panjang. Selagi mana ada istilah & selagi mana mengalirnya darah org Melayu dlm diri kita & selagi mana ada ahli syahadah umat dlm negara kita, org Melayu & umat Islam memerlukan org yg berjuang kerana asas itu.
12. Agama ini tak akan ditegakkan semata2 krn ia telah wujud, bangsa ini tidak akan bermaruah krn semata2 ia pernah berkuasa selama 70thn. Bangsa ini mesti sentiasa dijulang, dijunjung & diperjuangkan walau tidak berkuasa.
13. Kuasa ini terletak pada kita semua, terletak pada semua kita yg diundang hari ini, bkn utk dimuliakan, & tidak semestinya org yg dpt kemenangan maka dia dimuliakan di sisi Allahu swt.
Ekonomi kini di Tangan Orang Lain
14. Perjuangan ini kerana Allah, bkn kerana pangkat & kedudukan semata2. Berbanggakah kita selama ini berjuang.
kini ekonomi di tgn org lain ? Menteri kewangan kini Lim Guan Eng semata2 krn beliau (Tun M) ada 12 kerusi, LGE ada lbh 40 kerusi, kuasa apa dpt dia pertahankan ? Itu baru 3 hari memerintah. Semua kerana berebut kuasa. Apa akan jadi lagi kita tak tahu.
15. Pada hemat saya, kita yg selama ini diberi kelebihan, kami yg berada di atas ini, tuan2 panggil ketua, tuan2 panggil pejuang, tuan2 tak dpt apa2 pun, yg dpt kamilah, kami yg jadi YB, jadi menteri, ketua cawangan berhempas pulas, tp yg dpt kedudukan kami di atas, tapi sedihya bila diuji, org di atas bertempiaran lari lompat parti.
16. Sbb itu saya sebak ni bkn kerana apa, dah 30thn saya jadi pembangkang di Kelantan, seinci pun saya tak berganjak. Tapi hiba saya lihat semangat ketua2 cawangan di kampung, semangat org2 di sini, sesuatu yg sgt luar biasa, saya bersyukur.

Kehilangan
17. Tuan2 kita hadapilah situasi ini, marilah berpijak di bumi nyata,kuasa sudah hilang drp tgn kita atas apa jua sebab.
Tak perlu kita bercakaran tentang apakah sebab itu, kdg kala dlm kita mencari sebab & dlm proses cari sebab kita menyalahkan pula org itu dan org ini.
18. Mantan Presiden kita telah berkorban, dia dah meletakkan jawatan, tak payahlah, jgnlah org yg jatuh kita pijak, apa lagi kawan yg jatuh jgn kita pijak lg, Datuk Najib ambil pendekatan terhormat, berundur agar kita dapat bina kekuatan parti. Kepada Datuk Najib kita ucapkan terima kasih.
19. Dah lama dah, saya tak pernah tengok seorang Presiden yg tegak berdiri, bersungguh2 nak kita bina kekuatan bangsa sendiri, tapi kita buat mcm2 perancangan, perancangan Allah Maha Hebat & Allah Maha Mengetahui apa yg baik di sebalik yg tersirat dr kejadian ini.
20. Kekuatan sebenarnya adalah kerana saf kita, bukan kekuatan individu, kerana kekuatan UMNO ini kerana kita berjuang dlm 1 saf, selagi mana saf ini kukuh & kuat, insya Allah kekuatan saf ini boleh benahan.
21. Sementara DS Zahid, DS Hisham & kita semua jalankan tugas2 di atas, saya ditugas membantu mana2 bahagian yg perlukan perhatian langsung.
Kita belum give up. The game is not over, kita akan terus lawan & lawan. Bila PRU selesai, dah habis bilang undi tak bermakna dah tamat.
22. Jgn kita takut berasa malu kpd pembangkang yg dulu kalah berkali2, kecundang berkali2, jgn kita tunjuk kpd mrk sedikit diuji kita dah berkeliaran tanpa arah.
23. Bagi saya kita redhalah kawan2 kita pergi, Datuk Radhi (bekas ketua bahagian kampar) kawan lama, kita hornatilah apa dia buat atas apa alasan pun dia kata, kita takde langsung halangan, biarlah yg nak keluar tu silalah keluarlah.

Blok Terbesar
24. Dlm Parlimen jgn kita lupa UMNO blok yg terbesar dlm dewan, parti terbesar dlm Parlimen. Dlm sejarah tak ada parti terbesar yg melepasi 50 kerusi.
Kita ada 54 kerusi & 78kerusi dlm blok BN dlm Parlimen. Kita parti tunggal terbesar dlm Parlimen. Itu yg pertama.

Orang Melayu Bersama UMNO
25. Yg kedua jgn lupa, org Melayu masih kuat di belakang kita, kenapa di Pantai Timur tidak dilanda tsunami kecelaruan politik kerana di belakangnya ada org Melayu & org Islam. Sdg bila negeri sebelah sini UMNO menang saya kalah, mana mungkin pada waktu ini saya tambah majoriti, sbb org Melayu masih di belakang kita. Sbb Pantai Timur itu terlindung dr kecelaruan politik di sini.
26. Ada 3-4 faktor kenapa kita kalah, satu dr itu org Melayu dah berpecah 4-5 penjuru. Tengoklah suruhan Allah supaya "berpegang teguhlah kpd tali Allah & jgn kamu berpecah belah," & dlm ayat lain "jgn kamu berpecah belah nanti kamu hilang kekuatan"
Tidakkah kini hilang kekuatan. Kalau belah sini UMNO & Pas dekat 80 kerusi sdg buat pertama kali dlm sejarah negara kita, di sebelah sana Kerajaannya org bkn Islam lbh ramai dr Islam. Kita kini org Islam jadi pembangkang. Allah dah pesan, tapi org kita memilih kita hilang kekuatan.

Melayu Cari Kekuatan
27. Tapi saya yakin ini hanya sementara. Org Melayu, org Islam tetap mencari kekuatan berpandukan apa yg telah diajarkan dlm agama kita. Kekuatan kita dulu org Melayu, bkn saja UMNO malah org Islam, dulu kekuatan itu dtg dr kerana kita bersatu & kita tidak bersatu. Dlm mengejar kuasa kita berpecah, itulah puncanya. Bykan salah sesiapa yg lain.
28. Keputusan PRU ini bukan baru berlaku, prosesnya mengambil masa 30thn, bermula 1988 Tun Mahathir berebut kuasa dgn Tg Razaleigh, UMNO diharamkan pecah dua jadinya, kita hilang kekuatan seawal 1988, baru kita nak pulih tak sampai lOthn, pada 1998 pecah lg kita, apabila DS Anwar Ibrahim disingkirkan, pecah lg kita, Iepas itu thn 2008 bila kepimpinan Pak Lah diganyang oleh Tun Mahathir, ditarik sokongan kpd Pak Lah, kita masuk PRU tanpa sokongan drp Dr Mahathir kpd pucuk pimpinan, lemah lg kita....
Kemudian kita minta Pak Lah undur kita ganti dgn DS Najib, dgn harapan kita dpt membina kekuatan, 2018 dtg lg dgn lbh dahsyat lg....
entah apa hikmahnya thn 88, 98, 2008, 2018...perpecahan ini dtg dr 1 org...Dr Mahathir Mohamad...
29. Saya bukan sour grape tp itu dah jadi sejarah, proses itu dtg berperingkat2 & apabila kita lemah, kita hilang kawan, 2004 bila Pak Lah menang cemerlang, berlaku shift/ peralihan sokongan masyarakat Cina kpd BN & tak kembali sampai sekarang...namanya ada BN tapi komponen2 tak dpt beri kekuatan kpd kita, itu faktor kedua, sementara kita
lemah, masyarakat Cina bersatu utk tdk menyokong kita, itu dah ditakdirkan begitu...
30. Yg penting kita nak Cawangan2 tau kita masih blok terbesar di Dewan Parlimen, kita masih parti yg dpt sokongan kuat drp org Melayu, & menjadikan kita parti terbesar dlm parlimen, & asalkan kita tak bercerai berai, kekuatan akan dpt kembali kita bjna menjadi lebih kukuh pada masa akan dtg.
31. Tekadkan azam & tawakal kpd Allah, tp jgn lari bertempiaran sbb yg nak kita jaga itu ialah perjuangan.
32. PH dah dpt memerintah, tp apa nrk dpt buat utk agama ini, belum dpt kita lihat apa dia boleh buat, saya tak nak kata baik tak nak kata buruk, kalau berlaku baik alhamdulilah, kalau berlaku tak baik siapa nak membelanya ?

PH Kerajaan Separuh Nyawa
33. PH ini sebuah kerajaan yg separuh nyawanya dibawa oleh DAP, yg kita tahu apakah ideologinya. Kalau berlaku kepincangan terhadap bangsa Melayu siapa yg nak membelanya ? Atau kita mahu semua bersekongkol dgn mrk. Hari ini pun kita dah nampak org bkn Melayu & bkn Islam bergembira sdg meraikan euphoria raikan kemenangan, brp ramai guru takmir & guru agama hilang jawatan dlm nak menyambut Ramadan & nak menyambut Aidilfitri. Apa salah mrk ? Sebahagian besar drp mrk bukan aktif dlm politik.
34. Sekarang negara sdg ditadbir oleh
seorang PM tanpa ada Kabinet. Apalah tindakan terawal yg dilakukan ? Yg terkena, yg dilanggar siapa ? Org Melayu & |s|am...maka dlm perjalanan yg pjg ini, umat Islam & Melayu tetap memerlukan pembelaan. Dan siapakah yg akan membela itu kalau tidak kita ?
35. Membela bkn saja semata2 waktu berada dlm kerajaan, sbb itu kami yg di atas, DS Zahid, DS Hisham & |ain2 telah buat ketetapan bhw setiap ikhtiar akan tetap kita jalankan.
36. Ini adalah kerajaan PH yg plg rapuh sejak merdeka, anything can happen anytime. Setiap detik jam berputar mrk uruskan kejayaan & kita uruskan kegagalan, sebelah sana dipimpin oleh PM yg hanya kerusinya ada 12, keseluruhan kerajaan itu ada 113 kerusi,
2 kerusi lebih dr garis majoriti, ramailah nak ikut krn dia dilihat ada kuasa & sebentar tadi Anwar Ibrahim dibebaskan dgn pengampunan penuh, bermakna esok dia boleh bertanding pilihan raya. Kita tunggu & lihat adakah dia nak tunggu 2 thn sebelum dia gantikan Dr Mahathir.

Penghujung Drama
37. Kita dengar sidang nedia Anwar, malah kita tumpang gembira lihat drama sudah habis. Org yg masukkan Anwar ke penjara bkn UMNO, yg masukkan Anwar tu ialah Dr Mahathir, biar dia cuci sendiri, biar diselesaikan sendiri & saya kira drama sudah ditutup. Mahathir akhirnya akan angkat Anwar jadi PM. Drama ini complete, dia memasukkan Anwar, Tuhan yg memaksa dia keluarkan Anwar. Antara dia berdua kita harap bermaaf2n, selesailah, tp apa nak berlaku di hadapan kita bakal menyaksikan. Itu urusan mrk.
38. Kita mesti kekal dgn ketulenan & kejituan perjuangan kita. Perjalanan masih jauh, hari ini mungkin kita dilihat sbg pembangkang. Tapi arithmatik politik tak pernah menolak sebarang kemungkinan dgn adanya kekuatan kita sekirangnya berlaku saja apaapa2 ketidakstabilan dlm kerajaan sekarang, penyelamat kita adalah blok UMNO dan blok BN, saya tak mahu katakan lebih drp itu mungkin tak sesuai utk saya berspekulasi lebih daripada itu, tapi tuan2 ambillah percaturan politik yg ada itu (dari segi pecahan kerusi), bila dia mula nak tidur sebantal, dia kena
berdepan dgn reality dan di situ 1001 kemungkinan boleh berlaku.

Tertib & Peraturan
39. Tetapi kalau kita bercerai berai maka pejuangan kita tidak dapat kita teruskan Jadi tujuan kita berhimpun pada hari ini, kita buat ketetapan, kita gerakkan parti kita seperti biasa, sekarang parti mengarahkan kita adakan mesyuarat, mesyuarat kita perlu diadakan dengan tertib mengikut aturan dan peraturan kerana itulah UMNO. Mungkin bukan dgn kemeriahan, mungkin bkn dgn cara2 yg biasa, tp wajib ikut peraturan2, ini sebagai mekanisme pre-emptive & defensive kita sbg pembangkang krn sudah ada unsur2 mahu menzalimi kita, mahu membalas dendam atau apa juga,
kita mesti membina ketahanan kita.
40. Sbb itu kita perlu mengadakan mesyuarat yg betul pada peraturan dan tertib, UMNO tidak ada melanggar apa2 peraturan, Perlembagaan UMNO mengizinkan kita menangguh 18 bulan, lalu kita tangguhkan, kemudian kita nak adakan PRU, kita minta secara hitam putih thn lalu dgn ROS, pendaftar pertubuhan ada kuasa sbb MT takde kuasa nak tangguh lagi, kita minta secara rasmi dan Oktober thn lalu secara rasmi dan hitam putih beri kita perlanjutan hingga April 2019. Segala2nya berjalan mengikut peraturan. Kalau kerajaan baru nak batalkan surat itu, memang mereka boleh buat demikian, kalau mereka memilih utk berbuat zalim pada minggu
pertama mereka berkuasa.Tetapi pihak
yg menzalimi dia juga bukan selamat selama2nya seperti mana Mahathir menzalimi Anwar Ibrahim, maka hari ini kita tengok putaran hidup di dunia.
41. Kedua kekalkan solidarity, kekuatan kita ini datang dari solidarity kita. Datuk Abdul Rahman sbg pemangku, MT member kuasa penuh beliau memangku Ketua Bahagian Kampar, antara orang yang menyelamatkan kapal dgn org yg terjun kapal, org yg menyelamatkan kapal lebih mulia di sisi Allah dan di sisi perjuangan, usah tangisi org yg pergi, jasa memang tetap kita kenang, tetapi yg penting kita ini adalah perjuangan kita.
42. Jadi pesanan drp J/K Pengurusan & juga Pemangku Presiden, pertamanya terima kasih kepada Datuk Abdul Rahman & saf kepimpinan Bahagian
kerana terus bersolidariti pada saat yg paling penting ini. Saya dapat rasakan kesusahan & kepayahan itu, maka saya menyeru & merayu kepada semua Cawangan2 utk memberikan kerjasama sepenuhnya kpd J/K 4 peringkat sedia ada & kita sempurnakan urusan mesyuarat agung tahunan mengikut tertib dan peraturan2.
43. Selain drp itu tuan2 akan tunggu & lihatlah perkembangan politik peringkat nasional. Bagi saya this is not the end of the game, this is just about the beginning, segala2nya baru nak bermula, dan kita akan pastikan kita semua ada banyak pengalaman dalam politik, bukan saja di belah kerajaan, tapi kita ada juga pengalaman, kita juga ada kekuatan2 yg tertentu, kita sedar di belakang kita ada 3 juta ahli yg mesti perjuangkan bersama, kami mengambil tjwb ini, kami redha, saya & kwn2 yg lain tahu, kita akan berjuang dlm situasi yg cukup berbeza, tetapi kita telah membuat persiapan minda kita, persiapan keyakinan kita, dan kami semua 54 Ahli Parlimen UMNO secara lafaz dan bertulis telah berbaiah dgn DS Zahid utk berjuang habisZn & tak akan tinggalkan kapal perjuangan UMNO ini, kita tak akan kecewakan ahli-ahli UMNO yg berjuang siang malam bagi nak mempastikan parti kita ini tegak & Berjaya.
44. Sbb itu, saya berharap kpd seluruh ahli UMNO, kita berada di ambang Ramadan, bulan yg sgt mulia 8. sgt berkat, perbanyakkanlah munajat kpd Allahu swt 8. bermohon kpd Nya krn Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk umat Islam & utk org Melayu sambil kita berjanji kpd diri kita ini berjuang kerana kepentingan agama dan kerana kepentingan bangsa kita, dan ini adalah tugas yg diletak atas bahu kita, bukan oleh sesiap tetapi oleh Allahu swt, agama Islam wajib kita tegakkan dlm Negara kita ini, adalah menjadi tjwb kita bahawa Negara ini tidak boleh diperintah oleh sesiapa saja yg memunyai niat yg buruk terhadap ketinggian & kemuliaan agama Islam.
45. Kita harus berjanji kpd diri kita bahawasanya, bahawa parti ini, lihat kepada perkara 3 dlm Perlembagaan UMNO, dlm setiap mesyuarat agung tahunan selepas doa, bacakan Perkara 3 dgn kuat kepada ahli kerana ramai sudah melupakan asas penubuhan UMNO. Pengerusi hendaklah membacakan semula bagi memperingatkan apa tujuan asas penubuhan UMNO.
46. Asas2 itu mesti kita hayati dan perkukuhkan kerana perjuangan kita tidak lagi boleh bersandarkan kpd kuasa, pangkat dan kedudukan. Mesti kita perkayakan roh dan semangat perjuangan itu. Kusa boleh hilang, kekayaan boleh hilang, wang ringgit boleh hilangtetapi roh dan semangat perjuangan tetap kaya, tetap subur dm jiwa orgZ Melayu Islam. Ini bekalan yg terpenting bagi kita.
47. Sementara itu berilah kepercayaan kpd DS Zahid, DS Hisham & pemimpin2 lain yg ada. Berikan kepercayaan yg total sepenuhnya. DS Zahid & kami perlukan solidarity drp semua termasuk akar umbi. Solidariti semangat akar umbi seperti di Kampar member semangat tambahan kpd pemimpin untuk berjuang. Malu kami, kalau tuan2 yg di bawah begini hebat semangat, org dia atas malu kalau takde semnagt juang yg kuat seperti org di bawah, termasuk Tok Batin & Tok Empat. Kalau banding dgn org di Bandar besar, ada kereta besar, di sini ada pejuang akar umni yg kuat semangat perjuangan. Saya harap ini dapat member dorongan kpd semua saf kepimpinan. 
48. Banyak kita perlu lakukan, tetapi kita lakukan dgn baik, jgn bercakaran sesame sendiri, jgn bererbut-rebut mcm berebut dlm tongkang yg pecah, jgn tika menikam lagi, dan jgn buat perkara2 yg merosakkan parti kita, buang politik wang jauh2, angkat org2 yg ada semangat berjuang, bukan org yg menabur2 wang utk mencari pangkatnya, org yag menabur wang dia nak cari pangkat, dia akan lompat, dia cari tempat lain utk mencari ruang utk dia menabur2 wang.
49. Dalam saat2 begini kalau ada daun2 kering nak gugur, gugurlah engkau wahai daun, kalau ada ranting2 buruk nak patah nak jatuh ke bumi, jatuhlah engkau wahai ranting yg buruk, patah tumbuh hilang berganti, yg penting "pokok UMNO" itu tetap kita jaga.
50. Akan berlaku lagi sedikit sebanyak di sana sini daripada mereka yg tergoda kpd yg digoda, biarkan sajalah, malah bagi saya lagi ramai yg sebegitu nak keluar adalah lebih baik lagi utk perjuangan parti kita. Sampah sarap mesti dikeluarkan, telah lama bahtera ini membawa brg2 muatan yg tak menyumbang kpd kekuatan sebenarnya. Jadi beristiqamahlah kpd yg tulen hendak berjuang. Cuma saya nak beri penegasan kpd tuan2, satu jaminan nak sya bagitahu, the game is not over, this is just about the beginning, kita bukan parti yg capult, kita ada blok yg cukup besar, hatta kalau kita terpaksa jadi pembangkang dlm Parlimen, kita akan buktikan kita akan jadi pembangkang yg hebat & terkuat dlm sejarah politik, kita akan bawa suara rakyat, politik.

Disediakan oleh Penerangan HQ

No comments:

Post a Comment