Thursday 24 May 2018

MELAYU


Melayu Mergui ( Myanmar/Orang Pashu) kebanyakkannya tinggal di Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan terselatan di Myanmar. Ia terdiri dari lebih 800 pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semua terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu berhampiran hujung arah ke arahnya (utara) di mana ia memasuki bakinya Indochina.

Orang Myanmar pernah menggelar seluruh Semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swe atau Semenanjung Pashu. Kadang-kadang kepulauaun itu dirujukkan sebagai Kepulauan Pashu oleh kerana penduduk Melayu digelar secara tempatan sebagai Pashu.0rang Melayu Myanmar adalah keturunan kumpulan etnik bangsa Austronesia lebih banyak menduduki keseluruhan

Semenanjung Melayu termasuk pantai barat bahagian utara yang berada dalam Myanmar dan Kepulauan Mergui.

Kebanyakan dari orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Ini di sebabkan oleh kerana Kedah pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi (Tanah Seri) hingga negeri-negeri utara Semenanjung Tanah Melayu. Melayu Burma tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung-kampung sekitarnya dan beberapa pulau di Teluk Bengal.

Kumpulan etnik Melayu ini mempunyai hubungan rapat dengan Melayu Kedah dan wilayah di selatan Thailand (Melayu Thailand) yang mana dari segi sejarahnya membentuk Kerajaan Melayu Patani purba.
Bahasa yang paling banyak dituturkan di kawasan ini adalah Burma, diikuti dengan Thai. Orang Melayu Burma mampu bertutur dalam dua bahasa iaitu
bahasa Burma dengan loghat Myeik (Beik) sepertimana rakyat tempatan selain bahasa Melayu yang mana tergolong di dalam keluarga bahasa Austronesia.

Orang Melayu di Burma bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15. Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, dan bahasa bahasa-bahasa creole berasaskan bahasa Melayu yang wujud di kawasan paling selatan di Burma. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi (Arab-melayu), tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab (bahasa Melayu moden juga ditulis dalam abjad Rom).

Golongan ini tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung sekitarnya serta pulau-pulau yang berhampiran di Teluk Benggala. Di Kawthaung (bandar paling selatan di Burma), di seberang Ranong di selatan Thailand, terdapat banyak masjid termasuk Masjid Pashu. Ramai beberapa orang Pashu yang berkahwin campur dengan Muslim lain di Burma. Beberapa remaja mereka menerima pendidikan kerajaan sekular Burma, akan tetapi terdapatjuga yang menerima pendidikan di sekolah agama Islam.

Kasturi.

No comments:

Post a Comment