Friday 25 May 2018

MELAYU


Pernahkan anda membaca tentang sejarah kerajaan melayu yang kuat sehingga meliputi ke Segenting Kra (kini: Selatan Thailand )

di Sini terdapat kronologi tentang peristiwa tersebut :

1760: Kebangkitan kuasa Burma di bawah dinasti Konbaung, Burma menakluk Siam pada 1767 dan Laos pada 1765

1768: Siam dibawah pimpinan general Taksin berjaya menghalau penjajah Burma.

1769: Untuk mengukuhkan kuasanya di selatan Siam menakluk Ligor/Negara Sri Darmaraja(Nakhon Si Thammarat). Armada angkatan laut dibina di Nakhon Si Thammarat, Trang dan Krabi untuk menakluk wilayah selatan di semenanjung Tanah Melayu

1782: Raja Buddha Yodfa Chulaloke atau Rama I menaiki takhta Siam menggantikan Raja Taksin yang digulingkan, dinasti Rattanakosin yang berpusat di Bangkok diasaskan.

1785: Di bawah pemerintahan Raja Rama I, Siam menyerang dan berjaya menakluki Patani. Kelantan dan Terengganu menjadi wilayah yang tunduk kepada Siam (tributary states) dan menghantar bunga emas ke Siam.

1789-1791: Pemberontakan di Patani. Patani dipecahkan kepada tujuh wilayah: Patani, Saiburi (Teluban), Nongchik, Yaring, Yala, Reman dan Rangae untuk melemahkan orang melayu.

1821: Kedah ditawan Siam, Siam juga mengancam menyerang Perak dan Selangor, Sultan Kedah yang kalah dilarang tinggal di Perak dan Selangor

kerana Siam mengangap negeri-negeri ini dibawah kekuasaannya. Sultan Kedah terpaksa tinggal di Melaka dan melancarkan serangan gerila dari sana. Perak mula menghantar bunga emas dan 20 ekor gajah dari lembah Kinta kepada Siam.

1832: Kesultanan Reman (dekat sempadan Thailand-Perak, juga merangkumi Grik dan Pengkalan Hulu), mengisytiharkan menjadi republik.

Wilayah lain, kecuali Yaring, ikut memberontak, tetapi dipatahkan.

1838: Pemerintah Nongchik, Yala, Reman dan Rangae bekerjasama dengan kesultanan Kedah dan menyerang Songkhla tetapi berjaya dipatahkan oleh Siam

1839: Empayar Kedah dipecahkan kepada empat kawasan: Kedah, Kubangpasu,


Perak mula menghantar bunga emas dan 20 ekor gajah dari lembah Kinta kepada Siam.

1832: Kesultanan Reman (dekat sempadan Thailand-Perak, juga merangkumi Grik dan Pengkalan Hulu), mengisytiharkan menjadi republik. Wilayah lain, kecuali Yaring, ikut memberontak, tetapi dipatahkan.

1838: Pemerintah Nongchik, Yala, Reman dan Rangae bekerjasama dengan kesultanan Kedah dan menyerang Songkhla tetapi berjaya dipatahkan oleh Siam

1839: Empayar Kedah dipecahkan kepada empat kawasan: Kedah, Kubangpasu, Perlis dan Satun (Setul). Pemecahan Pattani dan Kedah melemahkan keduadua negeri itu.

Kasturi.

No comments:

Post a Comment