Sunday, 19 August 2018

KEJATUHAN EMPAYAR MELAYU 1511: BENARKAH MELAKU KALAH KERANA TIDAK MENGGUNAKAN SENJATA API?


By Al Semantani Jones dan Helmi Effendy
August 15, 2017
Istinggar MELAYU Abad ke-19. Gambar Ehsan Peter's Mandarin Mansion


15 Ogos 1511 atau juga 24 Ogos 1511 (perbezaan sumber menyatakan tarikh yang berbeza) adalah detik yang sangat memilukan bagi umat Melayu. Hari ini, tewasnya sebuah empayar kebanggaan

umat Melayu keseluruhannya. Masih terngiang-ngiang di telinga saya, beberapa orang rakan malah guru yang mengejek dan mencemuh dengan kata-kata.

[Rujuk Research on the Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore dan juga The Voices of Macao Stones: The Nanjing Massacre Witnessed by American and British Nationals untuk tarikh 15 Ogos 1511]

"Alah...apalah hebat sangat pada Melaka, Portugis serang tak sampai seminggu terus kalah teruk, lari lintang pukang"

"Melaka kalah dengan mudah kerana teknologi persenjataan yang sangat lemah, bayangkanlah orang kita berperang hanya guna keris, sumpit dan tombak, padahal Portugis guna meriam dan senapang, mana tak kalahnya.."

"Orang Melaka semua kolot sebab tak pernah tengok Meriam lalu lari lintang pukang?

Kalaulah mereka tahu hakikat yang sebenar, kalaulah.

Sebenarnya apakah yang berlaku dalam peristiwa 1511 ini dan bagaimanakah gambaran sebenar detik-detik Melaka mempertahankan dirinya dari diperkosa Portugis?

Hakikat yang sebenarnya ramai tidak tahu adalah Melaka sudah mencapai

kedudukan politik yang unggul sementara perdagangannya juga terus berkembang, dan pelabuhannya menggamit pelbagai bangsa datang singgah dari segenap pelusuk dunia. Imej bandar terapung seperti Venice dan Genoa serta pasar dan rumah yang tidak berputusan hingga Muar bukanlah satu khayalan atau cakap-cakap kosong sahaja.

Walaupun memang wujud kepincangan dalam pemerintahan, pergeseran, perebutan dan pelbagai lagi konflik dalaman yang sering kita dengar namun ianya belum cukup parah untuk menjatuhkan Melaka jika dibandingkan dengan serangan Portugis. Tambahan lagi oleh sebab begitu makmurnya Melaka maka banyaklah kaum-kaum 'asing' yang mula dengki, hasad dan cemburu akan kekayaan Melaka. Pembelotan kaum-kaum asing ini juga ibarat gunting dalam lipatan yang memudahkan lagi kemaraan Portugis.

Sesungguhnya tidak semua persoalan tentang kejatuhan Melaka dapat kita rungkaikan disini. Namun memadai rasanya untuk kita membuka perbincangan dalam hal kesungguhan dan semangat juang Melaka bagi mempertahankan maruah dan kedaulatannya daripada dinodai oleh Portugis.

Sebelum itu yang paling penting ialah pandangan kita bahawa Melaka ketinggalan dari segi teknologi meriam, senapang atau istinggar dan peluru serta Iain-Iain senjata api perlu diubah dan dibuang sejauh mungkin. Seperti yang saya pernah sebut dahulu angkatan Portugis dicatatkan membawa pulang ribuan pucuk meriam dan senapang yang dirampas dari Melaka. Teknologi pembuatan dan penggunaannya juga adalah standing dengan teknologi barat.

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka dahulu, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.

Catatan yang lain pula, seperti yang dinukilkan oleh Godinho Eredia dalam buku Asia Portugueza, karya Manuel de Faria Y Souza dalam E. Koek, Portuguese History of Malacca, sewaktu kedatangan Portuqis di Melaka, jumlah meriam yang

dipunyai kerajaan tersebut adalah sangat banyak. Tiga ribu pucuk meriam besar telah dijumpai dalam kota Melaka, 5000 pucuk lagi telah sempat dibawa lari oleh tentera Melaka apabila kota itu tumbang.

Albuquerque menyatakan bahawa terdapat 2000 pucuk meriam yang diperbuat daripada tembaga dan yang lain diperbuat daripada besi di Melaka. Faria y Souza mengatakan bahawa sebahagian besar daripada 8000 pucuk senjata api atau meriam yang dipunyai kerajaan Melaka adalah berasal dari Pahang. Ini bermakna Pahang merupakan sebuah negeri penghasil senjata api yang berkualiti dan banyak pada zaman itu.

Menurut Eredia lagi, semua meriammeriam itu dihasilkan dengan amat baik dan tidak dapat ditandingi walaupun dengan meriam buatan Portugis. Daripada catatan Eredia ini, dapat disimpulkan bahawa teknologi senjata api yang dimiliki oleh bangsa Melayu Melaka pada waktu tersebut adalah sama tarafnya dengan teknologi persenjataan orang Eropah, malahan mungkin lebih baik.

Seorang berbangsa Itali yang terlibat di dalam penyerangan terhadap Melaka pada tahun 1511 menyatakan bahawa terdapatnya penggunaan pelbagaijenis senjata api berat yang telah menyebabkan kehilangan nyawa yang agak ramai di pihak portugis. Menurut beliau, walaupun akhirnya tentera Melayu Melaka kalah, namun mereka digambarkan mempunyai semangat keperwiraan yang tinggi, sangat terlatih dalam ilmu peperangan dan mempunyai simpanan senjata yang bermutu serta pelbagai.

Thomas John Newbold, seorang pegawai British di Melaka pernah mencatatkan di dalam Political and Statistical Account of the British Settlements in The Straits Of Malacca, Volume 2 bahawa kilang-kilang yang menghasilkan senjata api seperti meriam-meriam milik bangsa Melayu sudah lama bertapak bukan sahaja di

Semenanjung Tanah Melayu, bahkan di sekitar Kepulauan Melayu. Terengganu menjadi hub penghasilan senjata api di Semenanjung, manakala Gerisik merupakan hub untuk Pulau Jawa, dan hub untuk Sumatera pula ialah Minangkabau.

Bahkan Newbold turut mengulas mengenai pemandangan biasa yang dilihatnya ketika berada di Tanah Melayu pada abad ke-18 yang dipercayai Newbold sudah lama budaya itu itu bertapak di Tanah Melayu. Katanya, tidaklah sesuatu yang menghairankan andai dapat melihat pendekar Melayu yang lengkap bertanjak dan berbusana Melayu bersama keris dan senjata api Melayu seperti Istingar.

Kita lihat pula tulisan R. J. Wilkinson, "The Capture of Malacca, A.D. 7511". Beliau menyebut mengenai beberapa perkataan sepert "Malay gun-fire" dan "heavy fire" merujuk kepada bala askar Melaka ketika itu ketika menceritakan mengenai kejatuhan Melaka yang boleh dijadikan dalil bahawa orang Melayu kita ketika itu sudah memiliki senjata api.

Diceritakan bahawa ketika askar Portugis cuba memasuki muara Sungai Melaka

yang cetek dan berlumpur itu, mereka telah dihujani oleh divisyen askar Melaka yang menggunakan senjata api dan menghujani askar Portugis dengan senjata api.

Walaupun dalam naskah Sulalatus Salatin ada ditulis yang serangan meriam Portugis menggemparkan orang Melaka bagai bertih digoreng, namun petikan tersebut harus ditafsir sebagai penyedap cerita untuk khalayak pembaca atau pendengar. Jambatan Melaka yang kita lihat dalam lukisan seperti di muzium atau dalam buku-buku teks sejarah yang sering digambarkan dengan penuh daif dan uzur juga perlu kita buang jauh-jauh.

Catatan Portugis sendiri mendapati jambatan tersebut terbina dengan sangat kukuh, malah rekod-rekod China beberapa dekad sebelum serangan Portugis melaporkan bahawa ada lebih kurang 20 buah kedai di atas jambatan tersebut. Saya menggambarkan jambatan ini seperti jambatan London Bridge yang pada zaman pertengahan penuh dengan kedai-kedai. Pihak Portugis juga mengalami kesukaran dan mengambil masa untuk merobohkan jambatan tersebut atas maklumat risikan dari Ruy de Aroujo.

Di dalam buku teks sekolah juga kita diberitahu atau digambarkan pertempuran berlaku di daratan kota Melaka sahaja, namun dari catatan Portugis didapati pertempuran sebenarnya telah bermula sejak di laut lagi. Sebelum pihak Portugis berjaya mendarat, mereka dilaporkan telah diseranq tentera Melaka di perairan yang

mengakibatkan kehilangan 100 nyawa di pihak Portugis.

Pihak Melaka menggunakan perahu atau Iancara yang diisi dengan minyak dan bahan pembakar kayu serta dihalakan ke kapaI-kapal Portugis. Taktik 'Fire Ship' ini sering digunakan di Eropah juga seperti dalam perang Inggeris dengan Sepanyol pada zaman ratu Elizabeth.

Selain itu tembakan meriam dari Melaka menghala ke kapaI-kapal Portugis juga turut mendatangkan kecelakaan. Oleh itu pendapat yang mengatakan meriam Melaka tidak boleh menembakjauh juga harus dibuang kelaut.

Melakajuga melaksanakan strategi menggertak dan tindakan perang psikologi untuk menakutkan pihak lawan dengan mengeluarkan sejumlah perahu

perang, lancara, tongkang, sampan dan sebagainya yang lengkap bersenjata untuk menunjukkan kekuatannya kepada Portugis. Walaupun begitu kekuatan sebenar Melaka yakni armada jong perang yang diketuai laksamana pada waktu itu tiada di perairan.

Maklumat daripada catatan Giovani Da Empoli mengesahkan bahawa tentera Melaka telah menggunakan lancara serta perahu berapi untuk memusnahkan kapal Portugis. Di kawasan pantai pula pertahanan dikukuhkan dengan pancangan kayu dan besi-besi tajam atau kawat beracun serta meriam-meriam pelbagaijenis besar dan kecil beserta dengan peti-peti berisi serbuk peluru.

Sebenarnya saudara sekalian perang Melaka bukan berlaku dalam jangka masa yang singkat. Pada masa ketibaan Portugis pada 28 Jun 1511 pertempuran tidak terus terjadi sebaliknya kedua-dua

belah pihak menggunakan taktik tunggu dan lihat, masing-masing menunggu siapa yang akan menyerang dahulu.

Hal ini diselangi dengan sesi perundingan dan diplomasi yang tidak kemana. Pihak Portugis mahu tawanan Portugis termasuk Ruy de Aroujo dibebaskan. Selang tiga minggu dari itu keadaan mula semakin tegang. Beberapa siri pertempuran kecil berlaku di laut dan dikawasan penginapan para pedagang berdekatan pantai.

Portugis menyerang empat kapal Jawa dan sebuah kapal Sumatera. Kemudian kapaI-kapal saudagar Gujarat di pelabuhan juga dibakar termasuk rumah penduduk di pantai. Walaupun Sultan kemudiannya membebaskan tawanan, namun perang tetap tidak dapat dielakkan lagi.

Pihak Portugis sebenarnya sangat tahu akan kelemahan Melaka. Hal ini kerana

mereka telah mempunyai perancangan yang jitu. Mereka mempunyai kelebihan dari segi risikan atau maklumat yang diberi oleh Ruy de Aroujo dan orangorang dalaman Melaka sendiri seperti Utimutiraja, seorang perempuan Parsi dan Nainachittu. Melaka mempunyai musuh di setiap penjuru malah didalam kelambunya sendiri. Namun demikian Portugis tidak pernah memperkecilkan kemampuan pertahanan Melaka.

Albuquerque sendiri pernah menyebut bahawa

"Kita tidak akan dapat menawan melaka dengan hanya dua batang pedang yang berkarat!"

Di waktu subuh sebelum serangan habis-habisan dilancarkan, Albuquerque memberi ucapan bahawa Melaka harus ditundukkan supaya aliran rempah tidak akan sampai ke Makkah dan Kaherah dan sinar Islam disini akan padam! Ungkapan

beliau ini jelas menunjukkan niat sebenar mereka.

Barisan ketenteraan Portugis sebenarnya lebih ramai dari yang kita ketahui. Namun kita sering mendengar jumlah tentera Portugis hanyalah 1200 orang termasuk 600 tentera upahan Malabari dan kapalnya lebih kurang 19 buah.

Maklumat daripada catatan Giovanni menunjukkan bahawa sewaktu tiba di Pedir, jumlah kapal termasuk yang ditawan di perjalanan mencecah angka 25 buah. Di Pasai, lapan buah kapal dari Cambay lagi menjadi mangsa tawanan atau dirosakkan. Dengan demikian kita menganggarkan lebih kurang 27 buah kapal telah tiba di perairan Melaka.

Malahan terdapat beberapa buah kapal lagi di Melaka yang ditawan dan tawanannya dijadikan barisan sokongan dalam serangan keatas Melaka. Giovanni turut melaporkan bahawa dalam

serangan pada 25 Julai 1511 terdapat 1500 orang tentera Portugis yang terlibat, dengan pasukan bantuan daripada orang Cina sebanyak 400 orang dan bantuan dari seorang putera Sumatera (Raja Kampar menantu Sultan Mahmud sendiri) juga lebih kurang 400 orang.

lni semua belum termasuk tentera bantuan dari orang Pegu, Siam, malah orang-orang Keling dibawah Nainachittu dan tentera upahan Jawa yang sengaja berperang dengan tidak bersungguh-sungguh setelah ketua mereka Utimutiraja disogok Portugis.

Pertempuran berlaku dengan sengit di beberapa lokasi seperti di Jambatan, bukit Melaka, Bandar pelabuhan, Istana dan Masjid sultan. Pertahanan Melaka turut diperkuatkan oleh ribuan tentera Jawa yang pada permulaan ogos dibayar tiga bulan gaji terkehadapan disamping barisan pejuang Turki dan Khorusones

atau Parsi sejumlah 3000 orang.

Seperti yang saya telah sebutkan tadi, walaupun tentera Jawa ini telah dibayar gaji awal untuk tiga bulan, mereka tetap belot dan tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Melaka kerana penghulu mereka Utimutiraja telah membuat pakatan dengan Alfonso de Albuquerque dan memberitahu anakanak buahnya agar 'tidak perlu bersusah payah menggadaikan nyawa sendiri untuk mempertahankan harta benda orang lain'.

Persoalannya adakah kekuatan Melaka yang sebenar telah digunakan sepenuhnya? Sebenarnya kekuatan Melaka yang sebenar adalah terletak pada armada lautnya. Namun demikian armada laut Melaka yang terdiri daripada jong-jong yang besar tidak berada di perairan Melaka pada ketika itu.

Sebelum mulanya serangan yang

penghabisan oleh Portugis, Sultan sengaja melambat-Iambatkan pelepasan tawanan dan cuba berdiplomasi kerana menunggu armada lautnya bersama Laksamana. Namun tindakan Sultan yang sengaja melengah-lengahkan masa tersebut diketahui Portugis yang menyebabkan serangan total dilakukan sebelum sempat armada itu sampai.

Hal ini disebabkan pihak Portugis sangat takut dengan risikan yang diberikan oleh Ruy de Aroujo yang mengatakan bahawa Sultan Melaka mempunyai satu armada laut yang sangat kuat yang diketuai oleh seseorang yang bernama 'Laksamana' yang dapat membakar hangus seluruh armada Portugis jika mereka lambat bertindak.

Terdapat catatan dari Portugis yang menyebut bahawa sewaktu Melaka diserang, Laksamana bersama armada Melaka sedang mengadakan rondaan di

kawasan perairan jajahan takluk Melaka, mungkin sekitar Riau-Lingga. Ini kerana dalam catatan tersebut diberitahu bahawa Raja Lingga bersama Laksamana telah berpatah balik apabila mengetahui bahawa Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis dan Sultan Mahmud Shah dan keluarganya berundur ke Bentayan di Muar.

Pada pendapat saya Raja Lingga dan Laksamana tahu bahawa kejatuhan Melaka bukanlah bermakna kejatuhan empayar Melaka kerana adat Melayu itu 10 negeri boleh dicari, selagi ada raja berdaulat. Jadi jika raja berundur maka pembesar dan raja-raja taklukannya tidak akan membuat keputusan sendiri untuk terus menyerang Melaka, sebaliknya berundur bersama Sultan untuk mengatur strategi baru.

Sultan Mahmud Shah juga dikatakan bertitah, adat kita raja Melayu, negeri alah

raja mati, yang melambangkan bahawa perjuangan Melaka sebenarnya belum tamat selagi baginda dan waris-warisnya belum mati.

Apa yang dapat saya simpulkan disini ialah kekalahan Melaka kepada Portugis bukanlah satu kekalahan yang mudah seperti yang sering disebut-sebut. Bukan disebabkan teknologi persenjataan yang lemah dan bukan kerana kejakunan tentera Melaka terhadap tembakan meriam tentera Portugis. Barisan pertahanan Melaka telah berjuang berhabis-habisan baik dari segi diplomasi, pertanahan, taktik dan strategi pertempuran.

Pihak Portugis sendiri mengakui bahawa pejuang-pejuang Melayu Melaka adalah gagah perkasa dan terlatih dalam ilmu peperangan serta dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata berpotensi. Namun begitu kita tidak boleh pandang rendah

pada kekuatan Portugis. Orang Portugis mempunyai pengalaman tempur dan kepungan laut yang sama hebatnya dengan bangsa Melayu.

Sebelum mereka menyerang Melaka banyak kota pelabuhan lain seperti di India dan Teluk Parsi yang berjaya mereka tawan, malah mereka pernah bertempur dengan armada Turki Uthmaniah yang terkenal hebat itu.

Kekalahan Melaka adalah sebab kurangnya kesepaduan dan kesepakatan diantara 'Anakvanua', dan sikap terlalu memberi kepercayaan kepada 'anak dagang' atau bangsa 'asing'.

Bak kata pepatah 'apalah diharap pada dagang, bertukar musim berlalulah ia'.

Sikap terlalu bertoleransi yang ditunjukkan oleh orang Melayu sejak zaman berzaman ini akhirnya memakan diri sendiri apabila golongan-golongan

'dagang' ini mula menunjukkan belang mereka dan menikam dari belakang!

Baik dagang Kalingga, dagang Ming, dagang Burma, maupun dagang Kampar dan Mojo yang serumpun sebangsa, semuanya menjadi duri dalam daging. Harapkan pegar, pegar pula makan padi.

Peristiwa ini seharusnya menjadi pengajaran kepada anak-anak vanua pada hari ini, dan bukannya kisah Melaka kalah berperang kerana menggunakan keris dan sumpit semata-mata yang ternyata tidak benar.

Sekian, wallah hu a'lam.

~ASJ dan HE~

Tuesday, 7 August 2018

MOHON MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU SELAMATKAN MALAYSIA


1. Pasti pihak kerajaan dan yang berkaitan dengannya akan menafikan perkara ini. Namun Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), amat serius yang akhirnya mendedahkan kegiatan khianat Kerajaan PH terutama DAP dan konco-konco mereka selama ini terhadap kerajaan terdahulu.

2. Semua pihak mesti matang berpolitik, dan menghormati sistem demokrasi dalam negara ini, bagaimanapun menjemput dan melibatkan pihak luar untuk campur tangan adalah tidak wajar
semasa sekali.

3. Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), akhirnya membongkar kegiatan khianat DAP dan konco-konco mereka selama ini.

4. Sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad terbabit atau tidak, itu tidak boleh disahkan, namun CSIS yang beroperasi di Malaysia sejak tahun 2002, cukup bangga selepas berjaya berkomplot dengan pembangkang bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.

5. UMNO mencabar Lim Kit Siang menafikan perkara ini secara terbuka, dan bersumpah kepada rakyat Malaysia bahawa apa yang dikatakan oleh Twining itu adalah bohong.

6. Dr Mahathir juga perlu menjelaskan bahawa 'crocodile tears' ketika mengumumkan mahu meletakjawatan pada Perhimpunan Agung Umno 2003, sebenarnya adalah sandiwara kerana niat memusnahkan parti sudah wujud sejak kerjasamanya dengan CSIS.

7. Gerakan yang menjual maruah negara ini sungguh menyedihkan kerana apaapa hasil kerjasama dengan agensi asing ini turut mencerminkan betapa Malaysia 'mudah dibeli' atas nama demokrasi. Dan mereka yang melakukannya sangat tidak bertanggungjawab serta membelakangkan kedaulatan negara.

8. Menerusi bantuan dana kepada DAP oleh National Endowment for Democracy di bawah Jabatan Negara Amerika selama ini, jelas menelanjangkan siapa sebenarnya DAP, Lim Kit Siang dan rakan -rakan 'demokratiknya'.

9. Ini juga mengesahkan dakwaan ejen-ejen media sosial mereka selama ini digerakkan dengan mewah menggunakan dana negara asing yang mahu melihat BN dan UMNO disingkir dari tampuk pemerintahan.

10. Sungguh kotor dan keji perbuatan ini dan pada hari ini, mereka tetap akan menafikan dakwaan ini. Malah secara berterusan berusaha memesong kan perhatian rakyat dengan mengatakan ekonomi negara sedang meleset dan kerajaan terdahulu kejam dan zalim. Semua ini tidak benar sama sekali.

11. Dr Mahathir sendiri menuduh BN sedemikian di Pulau Pinang semalam, seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripada rakyat.

12. Akhirnya ia terbongkar jua apabila video CSIS ini tersebar luas di Internet. Apa lagi yang mahu dikatakan oleh Kit Siang dan 'gengnya'? Berapa ratus juta diperuntukkan kepada Red Bean Armynya? Malah mereka menuduh orang lain menerima sumbangan luar.

13. Kita ingin tahu berapa jumlah dana asing yang diterimanya secara rahsia sejak 2002. Mungkin melebihi RM2.6 bilion yang dijadikan peluru untuk meracun fikiran rakyat mengenai 1 MDB?

14. Selama ini juga, Dr Mahathir menuduh BN ingin menjual negara kepada China, walhal ketika menjadi pembangkang, mereka sudah pun menggadai maruah Malaysia kepada orang asing.

15. Maka, tidak hairanlah Dr Mahathir dikunjungi beberapa orang duta Barat, termasuk tokoh dari Amerika Syarikat, selepas mengangkat sumpah jawatan Mei lalu.

16. Betapa pembohongan mereka selama ini turut didalangi dan dibantu oleh ejen asing yang mahu melihat Malaysia kucarkacir.

17. Ini pakatan jahat yang perlu disiasat oleh pihak berkecuali. Memandangkan pihak kehakiman dan pihak penguatkuasa lain sudah berada di bawah genggaman mereka, satu badan khas harus dibentuk untuk kes ini supaya siasatan yang adil dapat dilaksanakan.

18. Tidak ada gunanya lagi mereka mengambil pendekatan 'one-way street' iaitu menyiasat orang lain tetapi tidak mahu dirinya disiasat. Rakyat Malaysia perlu bangkit segera agar negara tidak tergadai terus.

19. Dengan ini, kami menggesa Majlis Raja-Raja agar mengambil pendirian di dalam perkara ini secepat mungkin, dan bertindak bagi menyelamatkan rakyat dan negara daripada menjadi sebuah lagi negara Islam seperti Yemen, Libya, Iraq dan Syria! Dan lebih utama membenarkan campurtangan asing terhadap negara ini.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Kuala Lumpur
6 Ogos 2018

Friday, 3 August 2018

"BERSATULAH KAUM CINA! KITA BAKAL KUASAI NEGARA INI!"

TULISAN ini diterbitkan oleh sebuah majalah di London dan telah dialihbahasakan oleh seorang penuntut Melayu dan ianya ditulis oleh seorang doktor berbangsa Cina cukup menarik untuk kita semua bertanggungjawab merenungkannya tentang nasib bangsa kita menjeleng pilihanraya akan datang.

Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut seperti yang dinukilkan dalam rencana ini akan dapat dibuktikan memandangkan jumlah pengundi di Malaysia sekarang ini seramai 7 juta itu, separuh darinya terdiri dari bangsa Cina.

Andainya kita anak pribumi Malaysia Jati, wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi bubur. Sedar, insaf dan bangkit bersatu demi mempertahankan Melayu serta peribumi daripada berdepan dengan kehancuran agama, bangsa dan tanah air.

Jangan biarkan generasi merempat di tanah sendiri, Jangan biarkan ayam mati kelaparan di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Jangan satu ketika nanti kubur kita meniadi tandas awam untuk dikencing oleh anak cucu kita.

Mari kita renungkan bersama tulisan ini..


‘BERSATULAH KAUM CINA’ dan sebarkanlah..!

KITA semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu.

Tetapi kita sedar di bidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.

Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan Iain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan.

Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan Iain-Iain. Dari kesannya jiwa rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja.

Lagi mudah bila Melayu rakus.. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menumui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian.

Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-Iain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Baharu dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Baharu dan Kuala Terengganu.

Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barangbarang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.

Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat Iangkah-Iangkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan Iangkah-Iangkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan.

Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarannya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita. Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman -teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.

Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik. Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah belahkan Dato' Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak. Kita juga boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan malam pemimpinpemimpin UMNO dengan kata-kata sindiran dan kenyataan yang mengandungi makna tersirat.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka dalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina.

Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawankawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dn semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan. Kita akan kekalkan mereka yang rasuah kerana mereka akan tetap mengikut telunjuk kita.

Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orangorang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia. Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata.

Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orangorang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orangorang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun manamana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernag ingat harga buah kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang Melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka tidak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan Iain-Iain.

Segala bentuk pembangunan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orangorang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.

Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong
kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang -orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan, Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektorsektor swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran.

Petani-petani yang terdiri dari 75% orangorang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi. Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawaipegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka.

Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan. Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya generaI-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.

Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam peristiwa 13 Mei yang lalu.

Saya mempunyai hubungan dengan pihak atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka, dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka. Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-Iahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengenepikan risauan kesangsian orang -orang Melayu terhadap pemimpinpemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk
mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.

Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Kredit:SanggahTokJanggut.Blogspot

baca lah wahai bangsaku jgn leka..

AL MALA U

Agama mereka dulu Hindu tapi mereka bukan Tamil. Mereka jugalah yang memeluk Islam dan diberi nama Melayu mulai 1136 Masehi.

Ong Phre Mahawangsa, raja Kedah Tua yang mula memeluk Islam pada 1136 Masehi di Bukit Meriyam Kuala Muda Kedah. Baginda diislamkan oleh Syaikh Abdullah Al Qumairy AI Yamani lalu diberi nama baharu, Sultan Mudzafar Shah I.

Sebaik diislamkan, Syaikh Abdullah berkata "pada hari ini telah lahir satu bangsa agung yang aku namakan dia AL MALA U yang Islam adalah agamanya."

AI MALA U itulah yang kemudian dikenali sebagai MELAYU. Mengikut riwayat yang saya baca ia bermaksud "berkembang biak memenuhi ruang" dan daripada itulah masyarakat rumpun nusantara ini yang beragama Islam dikenali sebagai Melayu dan rantau ini digelar Alam Melayu, atau Malay Archipelago.

Dengan itu sahlah bahwa bangsa Melayu adalah pribumi di rantau ini, bukan sahaja di Malaysia tapi di nusantara yang dikenali sebagai Kepulauan Melayu.

Adapun orang Tamil yang dibawa masuk oleh British sebagai pekerja ladang pada era penjajahan tidak ada kena mengena dengan keturunan rakyat Ong Phre Mahawangsa zaman itu, atau daripada

komuniti lain ketika itu yang diisytiharkan sebagai Melayu.

lni adalah kenyataan yang tersangat sumbang dan rambang.

Saya hanya maksudkan kenyataan ini dan berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkannya dari sudut sejarah, bukanlah menidakkan patriotisme, kewarganegaraan atau hak mana mana individu terutama rakan saya daripada kaum India sebagai rakyat negara ini.

Fakta yang diseleweng mesti diperbetulkan.

Haruslah difahami bahawa kami orang Melayu adalah daripada keturunan asal nenek moyang kami yang dahulu beragama Hindu, yang telah ribuan tahun menduduki bumi ini, dan mereka bukanlah orang Tamil dari India.

Berani pergi Bali sebut macam ni?

Penganut agama Hindu diBali

Thursday, 2 August 2018

BENUA SUNDA


Benua Sunda adalah sebuah wilayah di Asia Tenggara yang meliputi seluruh kawasan Nusantara hari ini, ianya adalah suatu dataran yang bermulanya tamadun insan. Benua Sunda adalah termasuk Semenanjung Melayu, Pulau Kalimantan, Jawa, Sumatera dan pulau-pulau disekitarnya.

Kajian dalam bidang Arkeologi dan Genetik hari ini membuktikan bahawa masyarakat Melayu-Proto yang mendiami Benua Sunda merupakan nenek moyang kepada populasi manusia hari ini.

Menyokong teori tersebut adalah Pakar Genetik daripada Oxford Genetic Anthropology, Stephen Oppenheimer yang menyatakan bukti genetik yang

menunjukkan orang Melayu merupakan penduduk asal Asia Tenggara. la sama ada daripada Kepulauan Indonesia mahupun Filipina, atau tanah besar Asia seperti Vietnam, Kemboja, Thailand, dan wilayah lndoChina.

Dr. Steven Oppenheimer, pakar Paleontologi Wilhelm G. Solheim dan Professor Arysio Nunes dos Santos telah mengambil bukti-bukti geologi dan mitologi, dan digabungkan dengan bukti arkeologi, genetik dan linguistik bersetuju untuk mengatakan, orang Melayu sebenarnya berasal dari sebuah tamadun yang hilang, yang dinamakan Benua Melayu Sunda atau Tamadun Sunda. Bangsa ini hakikatnya telah wujud sejak 15,000 tahun Sebelum Masihi berdasarkan kajian mereka.

Lebih membanggakan orang Melayu itu bukan sahaja bangsa teras malah dikatakan Benua Sunda Melayu itu juga adalah benua tamadun Atlantis yang hilang.

Akhir kata orang Melayu tidak perlu lagi malu dan berasa terasing dengan sejarahnya kerana telah terbukti kita adalah teras dan serumpun. Hanya orang luar yang memutarbelitkan sejarah.

Tuesday, 17 July 2018

ALIRAN POLITIK PH

Memahami Methodology Aliran Pemikiran Politik Puak2 Pakatan Harapan

◾Artikel ini menerangkan diagnosis penggunaan medium Prinsip Truman (Truman's Law) sebagai senjata serangan-psiko politik dan interpretasi polar aliran pemikiran puak2 komponen Parti Harapan Rakyat (PH). Persoalan: Tanggungjawab siapa yang sepatutnya menyeru KUASA RAKYAT untuk "Selamatkan Malaysia"?.

◾Asas serangan psychologi (psychowar) yang dimulakan melalui prinsip Truman oleh pihak PH akan diolah dan diadun dengan perkembangan terkini situasi ekonomi Malaysia. Ianya diselang-seli dengan siri serangan provokatif
terhadap peraturan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dianggap menyekat kebebasan dan peluang kesamarataan antara kaum.

◾Antara isu popular yang menjadi 'pouching bag' serangan psikologi adalah Projek1MDB,GST,naikturun harga minyak di pasaran, kedudukan nilai matawang Ringgit di pasaran, kestabilan ekonomi negara, BRIM dan tidak terkurang isu2 berkaitan dengan keagamaan seperti moral, akidah dan nilai2 hidup orang Islam.
Isu2 tersebut tanpa jemu akan sentiasa diulang bicara dari masa ke semasa.

◾Hakikat disebaliknya, bukan jawapan dan penerangan yang mereka mahu!.

Mereka hanya mahu menunduk atau menumpaskan kerajaan BN yang didokong oleh parti UMNO dengan mewujudkan satu mekanisma kebencian rakyat marhein terhadap Perdana Menteri Malaysia. Sasaran PH: Isu2 yang mereka wujudkan boleh menarik semaksimum mungkin rakyat supaya memberi sokongan kepada Parti Harapan Rakyat pada PRU-14 nanti.

Truman’s Law"If we can't CONVINCE them, we CONFUSE them!!!"

(Prinsip Truman"Jika tidak dapat YAKINKAN mereka, KELIRUKAN
mereka!!!" ).

◾Pertama kali ungkapan tersebut
digunakan adalah pada tahun 1919 di England melalui penerbitan buku oleh Manchester Literary Club. Di mana satu novel yang ditulis oleh William De Morgan menceritakan tentang satu karakter bernama Christopher Vance yang berusaha menarik perhatian orang ramai supaya memberi fokus terhadap isu yang menjadi sasarannya.

◾Walau pun ungkapan tersebut merupakan kaedah lama tetapi ideanya sering diguna sebagai pemula serangan psikologi politik. Serangan itu bergerak secara persepsi memandangkan tuduhan yang dicanangkan tidak berasaskan kepada pembuktian realistik. Tujuan utama adalah untuk menimbulkan sifat2 kebencian rakyat terhadap seseorang
pemimpin. Pihak yang bermain persepsi itu merasakan mereka berhak untuk berhujah dan mempengaruhi minda orang ramai.

◾Dalam ucapannya pada tahun 1948, Harry S. Truman telah gunakan pendekatan ini bagi meluahkan ideanya yang provokatif dengan bermain persepsi tanpa dokumen sokongan, tanpa fakta sahih sehingga ucapan tersebut telah di pandang sebagai ucapan tidak bertanggungjawab. Tetapi akhirnya beliau berjaya menimbulkan kekeliruan di minda rakyat terhadap apa yang didakwanya. Kejayaan ungkapan tersebut akhirnya dikenali sebagai "Truman's Law". Harry S. Truman dari aliran Parti Demokrat ialah Presiden Amerika Syarikat ke-33. Beliau mewarisi jawatan presiden pada kematian Franklin D. Roosevelt

◾Prinsip Truman ini kebiasaannya akan disesuaikan dengan ideologi dan aliran fahaman parti politik. Terdapat 4 kategori aliran fahaman di dalam Pakatan Harapan, iaitu;

1. Fahaman Liberalisme
◽Fahaman yang menjadi tunjang kepada aliran pemikiran pemimpin2 parti Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti DAP. Golongan ini meletak kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi. Ianya memberi penekanan hak2 peribadi serta kesamarataan peluang.

2. Fahaman Liberalisme ekonomik/
liberalisme klasikal atau dikenali juga sebagai liberalisme Manchester.
◽Mereka ini mempunyai ideologi yang menyokong hak2 peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan kapitalisme 'Iaissezfaire' yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan menggalakkan sistem monopoli.
◽Golongan inilah sebenar2nya yang mengamalkan prinsip Kleptokrasi apabila mempunyai kuasa politik. Ianya pernah berlaku di dalam sejarah Malaysia selepas merdeka apabila 22 tahun Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

3. Fahaman Islam Moderat
◽Fahaman ini diterbit atau dilahirkan oleh golongan2 cendekiawan, penceramah, mahasiswa muslim atau pelbagai golongan yang turut serta di dalam gerakan pembaharuan dakwah islamisasi. Istilah Islam Moderate banyak dipakai oleh kelompok individu yang dipengaruhi oleh fahaman liberal atau sekularism.
◽Dalam satu Wacana ilmu pada 27hb Febuari 2016 di Batu Caves, seorang penganalisis politik Dr Fadhli Ghani melalui kertas kerja yang berjodol ‘Kemunculan Islam Moderate Dan Islam Progresif Dalam Gerakan Islam' menegaskan bahawa terdapat usaha2 barat membangunkan sistem pengajian Islam semata2 untuk melahirkan
generasi baru yang memahami Islam secara salah dengan menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme sekembalinya ke negara asal mereka.

4. Fahaman Liberalisme budaya.
◽Golongan ini memberi penekanan kepada hak2 peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan pelindungan dari campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi.
◽Golongan ini secara umumnya menentang peraturan2 kerajaan yang mengongkong sistem akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran kandungan, penggunaan pengawalan pengandungan, kesakitan muktamad, arak, ganja dan kawalan barang2. Kebanyakan ahli2 liberal menentang separuh atau semua peraturan2 kerajaan yang mencampuri hal2 ini.

◾Jika diimbas kembali rentetan peristiwa yang berlaku sejak akhir2 ini seperti pesta Arak, pesta sentuh anjing, kemunculan golongan GAY-LGBTLesbian, kebangkitan golongan Atheist Malaysia, tuntutan membenarkan MURTAD, tuntutan perkahwinan berlainan agama, tuntutan membenarkan khalwat dll, ada makna yang tersirat disebalik provokatif tersebut. Terkini dan terbaru, seorang ulamak lantikan DAP dengan beraninya ingin menghapuskan Institusi Beraja di Malaysia…. Persoalan: Mengapa pihak parti PH sanggup perjuangkan isu2 ini?.

◾Wujudnya provokatif golongan2 ini adalah sebagai satu misi tersirat bagi memprotes beberapa perkara yang tidak pernah dipersetujui oleh DAP sejak awal penubuhan Malaysia lagi. Perkara tersebut termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti;

i. Perkara 3

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama2 lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

ii. Perkara 1 1 (4)

Undang2 Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa2 doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama

Islam.

iii. Perkara 153

Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputra Sabah dan Sarawak.

iv. Perkara 32

Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa2 jua pun prosiding di dalam mana2 mahkamah.

◾Oleh itu, Malaysia sebagai negara bertuah dan berdaulat perlu diselamatkan dari dikuasai oleh puak2 Parti Pakatan Harapan!!! Kepada Mu Ya Allah kami berserah! Kepada UMNO/BN  tolong selamatkan Malaysia ..... !!!.

Wednesday, 20 June 2018

SEJARAH YG PERLU KITA TAHU

Jangan tertipu dengan sejarah acuan dari barat yang ada sekarang ini yang jelas menyembunyikan fakta sebenar mengenai peradaban Melayu silam. Dimana dikatakan bangsa Melayu ini bangsa yang babarian/tidak bertamadun. Tinggal di hutan, gua, berkaki ayam, tidak mempunyai sistem tulisan sendiri, kolot dan tidak ada pencapaian. Lebih menyimpang lagi bangsa kita digelar Bangsa Sakai yang dipandang hina bangsa asing.

Ini semua agenda halus musuh-musuh yang mahu bangsa kita hilang jati diri sebagai suatu bangsa yang satu ketika dahulu adalah bangsa Melayu Islam yang amat tinggi pencapai kebudayaan, peradaban dan teknologi nya. Sebagai salah satu buktinya, orang Melayu sudah lama mempunyai sistem senjata canggih MANPAD yang merupakan meriam laras kecil yang kedudukan sistem pelancar dilancar pada bahu pengendali.

Senjata ini adalah revolusi dari sistem meriam konvesional yang di kompak menjadi kecil bagi memudahkan ia digunakan oleh tentera infantri pada tersebut untuk memusnahkan sasaran musuh yang berselindung di sebalik kubu. Senjata ini boleh dikatakan adalah asas kepada sistem bazooka dan RPG yang kemudian diinspirasikan pihak US dan Russia dalam Perang Dunia Kedua.

Perkembangan senjata Lela Rentaka ini adalah teknologinya dari Nusantara sendiri. Malah mutu buatan, kualiti dan kehalusan pembuatan senjata ini tiada tolok tandinganya. Sedarlah anak-anak Melayu Islam, kalian sebenarnya adalah bangsa terpilih yang hebat penguasaan teknologi nya.

Jangan malu menjadi Melayu dan jangan biarkan bangsa mu diinjak-injak bangsa lain yang mengaku kononnya mempunyai tamadun yang tinggi dari kalian. Kalian adalah bangsa Melayu Islam yang suatu ketika dahulu adalah lebih hebat teknologi dari bangsa-bangsa yang hari ini mencaci dan menghina mu.

Bangkitlah anak bangsa ku dari Iena yang panjang sebelum terlambat. Ingat Melayu

itu bukan bangsa yang bodoh tapi
sebenarnya bangsa penguasa satu ketika dahulu.

Sumber dari Nur Islam







APA ITU LIBERAL?


Kami tengok ramai orang tak tahu apa maksud liberal dan apa kesan liberalism. Izinkan kami untuk berkongsi sedikit knowledge tentang LIBERAL.

== Apa itu liberal? ==

Asalnya dari perkataan Latin iaitu "liber".. Maksudnya bebas atau bukan hamba.

Konsep liberal ini adalah konsep dimana kita bebas buat apa yang kita suka asalkan tak kacau orang. Ini bahasa mudahnya.

= So what? Takkan tokleh bebas? =

Haa.. Sekilas pandang kita rasa takde apa pun kan? Tapi liberal ni dia heavy kebebasan dia.

Dalam liberalism, dia punya bebas sampai kita bebas nak buat seks dengan sapa pun.. Sama jantina ke, adik beradik ke.. Lantak.. Nak amalkan agama apa? Ajaran sesat ke apa suka hati.
Bebas asal "tak kacau" orang.

Ada 2 prinsip liberal yang saya nak terangkan:

1. Liberalism Politik - Semua orang sama rata. Perundangan bebas tanpa dipengaruhi raja (taraf sosial) ataupun agama. Bebas. Ini akan bawa kepada
sekular.

2. Liberalism Budaya - Bebas dalam hak peribadi seperti seks bebas, bebas agama dan pemahaman. Nak kawin dengan adik-beradik semua ok. Nak jadi pelacur? Gugur anak? Arak? Bebas semuanya.. Terpulang pada diri sendiri.

== Dari sudut Islam? ==

Liberal ni memang tak ngam dengan Islam. First dari istilah lagi, "liber" maksudnya bebas atau bukan hamba..

Dalam Islam, kita semua adalah hamba. Hamba Allah. Jika kita mengaku kita bukan hamba Allah? Pandai-pandai lah berfikir.. 😆

Dalam konsep Liberalism, agama Islam tiada kuasa dalam perundangan. Agama tu pergi lantak agama. Tak boleh kacau perundangan. Itu adalah Sekular.

Sekular membawa maksud kerajaan atau entiti yang wujud dipisahkan dari agama/ kepercayaan.

So kalau negara kita amal liberal, kita sudah bukan negara Islam. Hanya negara Malaysia. Tiada kaitan dengan Islam.

== Dari sudut sosial? ==

First boleh nampak Liberal ni tak kisah nak seks bebas ke, LGBT ke.. incest ke.. Tak heran.. Sebab bebas.

Apa kesan kalau kita amalkan seks bebas? Selain dari penyakit boleh mengundang masalah sosial lain. Perlu ke saya nak terangkan tentang keburukan seks bebas?

Dalam liberal nak jadi pelacur tiada masalah. Bayangkan ada Coaching atau Seminar Pelacur nanti? Dah la orang kita rajin buat seminar.. 😁

Apa keburukan pelacuran, LGBT dan sebagainya? Fuhh sangat banyak. Masalah sosial akan bertimbun. Akan wujud legasi filem porno Malaysia. Banyak gadis akan hilang dara pada umur muda. Akan wujud banyak kes seludup perempuan untuk dijadikan pelacur dan pelakon porno.

Habis punah masyarakat. Ini yang berlaku di US. Liberal. Bebas. Siap ada yang buat seks tepi pantai, tepi jalan. Rata-rata masuk sekolah menengah dah hilang dara-teruna.

Dalam liberal tiada lagi istilah ajaran sesat. Terpulang orang nak ikut apa. Ayah Pin ke, ayah pon ke.. Bebas.. Sebab tu kat US banyak Cult pelik-pelik.
(Cult - ajaran sesat)

== Inilah Liberal ==

Post ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang liberal kerana saya nampak masih ramai yang tak faham tentang liberal.

Ada yang kata "Owh, saya liberal part ni je, bukan liberal semua".. Tak boleh guna pendekatan begitu sebab bila agree dengan liberal bermaksud kita join pemahaman liberalism.

Contohnya saya orang Islam. Dan ada perkara dalam agama Kristian yang menyuruh berbuat baik.. Jika saya buat baik, adakah saya kata agama saya Kristian? Tidak.. Sebab tak boleh ambil suku-suku kemudian kita claim kita kelompok itu.

Kami harap kawan-kawan tidak main balun je sokong Liberal. Fahami dulu. Lagi-lagi yang muslim. Takut terpesong je..

M Faris Amir.

Saturday, 9 June 2018

RAJA-RAJA MELAYU ADA DIPERLAMBANGKAN DALAM FALSAFAH KERIS


Sebagaimana seorang Melayu seharusnya tahu yang Keris selain berfungsi sebagai senjata, ia juga adalah perlambangan kuasa yang menjadi ganti diri Raja-raja Melayu.

Dr. Tenas Effendy dipetik melalui kajiannya ada menulis tentang fungsi lain keris, ditulis di dalam buku Semangat Keris Melayu oleh Emil Bahan;

"Keris menjadi batang tubuh, 
Boleh berwakil boleh disuruh,
Boleh mengganti boleh berjanji, Boleh berupa boleh menyerupa,
Boleh sekejap sekejap atau sementara,
Boleh berlambat atau berlama. ”

Sememangnya Keris ada menghimpunkan banyak falsafah bagi menggambarkan kehormatan seorang Raja Melayu yang bersemayam di atas takhta.

Keris tidak perlu ditayang-tayang bilah dan rupanya kerana melalui sarungnya sahaja, sudah tahu panjang dan diagak rupa bilah atau loknya.

Melihat ukiran maksud pada hulu, dokok, sampir, batang serunai, buntut pada sarung, kehalusan dan jenis kayunya pun sudah menggambarkan peribadi, susuktubuh dan perlambangan bilah keris di dalamnya secara tidak langsung.

Ia sama seperti tindakan, kelakuan, kegemaran, gaya riak wajah serta bahasa tubuh baginda sekalipun sudah cukup menggambarkan akan personaliti, karisma dan kewibawaan baginda selaku ketua dan pemimpin negara.

Gaya baginda menunjukkan keikhlasan dan zuhud beliau selaku raja yang benar-benar layak di tempatnya tanpa perlu bertitah tentang kuasa yang dimiliki atau apa yang baginda perkenan atau tidak sudi mencemar duli untuk apa-apa pun atas kehendaknya.

Keris yang dihunus akan kemudiannya mempamerkan pamor, kualiti tempaan dan perapian penjagaannya. Tajam, bisa ancaman yang dibawa oleh Keris menggambarkan kuasa sebenar Raja-raja Melayu dan seringkali apabila Keris diacung keluar dari sarung;

Pantang keris hunus separuh, 
Tanda kerja separuh jalan,
Pantang keris hunus penuh,
Jika darah bukan taruhan.

Jelas, kesucian titah dan perkenan baginda hanya disuarakan apabila benar-benar perlu dan betul-betul tepat pada masanya.

Ganti diri Keris sebagai perlambangan Raja-raja Melayu ini dalam maknanya, maka kerana itu keris wujud sebagai
sebahagian dari alat kebesaran Raja-raja Melayu.

Jadi, awas bila hamba rakyat sesuka hati mencanang seluruh negeri yang Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan institusi Raja-raja Melayu akan dipinta akur untuk tunduk pada kemahuan hambanya, tidak kira atas kemahuan dan sebab apa pun.

Kerana jika Keris milik baginda akan diacung dan dihantar tanpa bersarung sebagai tanda murka jika dijadikan bahan suka-suka tanpa perkenan baginda dan redha-Nya.

"Keris itu jika hulunya Raja, maka
bilahnya adalah rakyat dan sarungnya pula adalah negara".

Keris pesaka duduk diam,
Jangan disangka tidak tajam,
Habis belaka kaduk disiram, Jangan disangka hendak dipendam.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

Friday, 8 June 2018

KETUANAN MELAYU


Oleh: Penulis Muda Melaka

Mungkin TS Rafidah kurang faham apa itu maksud dengan ketuanan Melayu ini. meh saya terangkan sikit.

'Ketuanan Melayu' sendiri di-terjemah kepada Malays Supremacy (keagungan Melayu) dalam bahasa Inggeris seterusnya menyebabkan ramai menterjemah kembali ungkapan tersebut sebagai meletakkan orang Melayu sebagai 'tuan' sementara bukan Melayu sebagai 'hamba'.

Faktor pemahaman bahasa ini menjadi antara punca utama 'ketuanan Melayu' ditakuti orang bukan Melayu. Terjemahan Malay Supremacy itu sangat buruk dan meletakkan orang Melayu umpama watak jahat seperti gerakan

White Supremacy (keagungan kulit putih) masyarakat Australia sekitar 1950-an dan Ku Klux Klan di Amerika Syarikat serta Nordic Supremacy di Eropah.

Inilah yang berlaku terutamanya dalam kalangan orang bukan Melayu yang menyamakan konsep ketuanan Melayu dengan sistem hamba abdi dan dalam situasi ini, bukan Melayu disifatkan sebagai golongan hamba.

Mereka sepatutnya faham itu cuma perumpamaan Melayu sebagai 'tuan rumah' ke atas Tanah Melayu (Malayland) seperti mana Thailand untuk orang Thai, China untuk orang Cina dan India untuk orang India. Ada satu sahaja Tanah Melayu di dunia ini.

Jika kita faham sejarah, maka sepatutnya kita tahu bahawa rantai ini digelar Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang merangkumi selatan Thailand, selatan Filipina, Tanah Melayu, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Konsep Ketuanan Melayu itu cuma menggambarkan kesinambungan kekuasaan dan pemerintahan sistem raja -raja Melayu di rantau ini sejak zaman kerajaan Srivijaya sejak abad ketujuh Masihi yang dianggap empayar Melayu pertama dalam rekod sejarah.

'Alam Melayu' tidak akan berpecah menjadi beberapa negara berlainan jika tiada sejarah penjajahan Eropah tetapi 'Melayu' tetap tidak akan hilang di rantau

Saya faham ada anak muda sekarang yang bagi mereka seseorang yang lahir di negara ini sudah cukup untuk menerima layanan 'sama rata', ini termasuk anak muda Melayu sendiri, bukan Cina dan India sahaja.

Mereka perlu faham asas dan sejarah penubuhan negara kita. Negara ini ada raja yang kita panggil 'Tuanku', bukannya untuk gambarkan Melayu tuan, sementara bukan Melayu itu hamba sebaliknya raja itu lambang pemerintahan, agama dan perpaduan yang perlu dihormati.

Selama Rafidah ini menjadi menteri UMNO, dia lah antara org yang bercakap supaya kita mempertahankan UMNO tapi
sekarang skrip dah jadi lain.

KENAPA PERLU PERTAHANKAN MELAYU

Tau kenapa para pejuang kemerdekaan dulu masukkan Hak Keistimewaan Bumiputra?

Kerana sejak ratusan tahun dijajah bumiputra disisihkan,
Dibiarkan tanpa pembelaan,
Dibiarkan dengan kehidupan sara hidup
Dibiarkan tertinggal dr arus permodenan,
Dibiarkan terasing di kampung2

Manakala kaum pendatang (ketika itu) diberikan kerja yg bersifat komersial,
Hidup dengan pekerjaan tetap,
Diberikan tempat menginap dan sekolah,
Diberikan mengendalikan ekonomi dan harta bumi,

Bandar pusat ekonomi diberi pada cina, Lombong sumber hasil diberi pada cina India pula diberi peluang ekonomi komersial di ladang,
India diserap menjadi profesional membantu penjajah,

Melayu?
Kekal dgn peribahasanya

"Kais pagi, makan pagi Kais petang, makan petang"

Tiada peluang,
Tiada bantuan,

Perkara ini berlanjutan hampir 200 tahun sebelum merdeka.

Cina angkut taik, India angkut getah.

Yup benar, tapi itu ratusan tahun sebelum merdeka,

Tapi, ketika zaman pra merdeka,

Si cina menjadi orang kaya, Penguasa lombong dan peniaga

Kerana apa?

Kerana British memelihara mereka,
Kerana negara asal mereka membantu mereka.

Orang Melayu?

Kekal tinggal di kampung menanam padi  utk dijadikan nasi, Menahan bubu utk dijadikan lauk.

Siapa kisah?
Tiada siapa.

Hendak harapkan British,
Sekadar sekolah Melayu tidak kemana,
Paling tinggi menjadi cikgu sekolah,
Anak bangsawan sekadar pegawai daerah.

Mengadu ke negara asal?
Inilah negara sendiri yg dirampas harta-hartanya.

Maka kerana itu mereka sedar,

Kita tidak mahu cina dan india sebagai rakyat kita.

Cukuplah ratusan tahun mereka menjarah, Memakan hasil bumi kita.

Kita kita perlu merdeka,
Menjadi penguasa di bumi kita,

Tapi .........

Kerana Melayu adatnya sopan, Kerana Melayu tak sampai gamak, Kerana Melayu mudah berkawan, Kerana Melayu tiada tamak.

Jadi semua diterima dengan bersyarat
Kerana mereka tahu jika
Hak Istimewa Melayu tidak diletakkan,
Apa jadi pada nasib anak bangsa?

Jika tiada Hak Istimewa Melayu, Teruslah Melayu menjadi Layu, Teruslah Melayu menjadi mundur, Terus Melayu semangat luntur.

Sebab?
Macam mana nak bersaing dgn org yg sedia ada telah berharta.
Macam mana nak bersaing dgn org yg sedia ada telah berilmu,

Yup benar itu adalah sejarah lama, Kita dah menuju Malaysia baru,
Tapi kalau kita saling menghormati hak antara satu sama lain,

Tiada isu
Hidup toleransi
Negara aman harmoni.

Penulis Muda Melaka



Gerakan Kesatuan Melayu Melahirkan PEKEMBAR(UMNO)


Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengan golongan intelek, agama berpendidikan timur tengah yang dikenali sebagai Kaum Muda pada tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab Melayu yang dipimpin oleh golongan intelek Melayu berpendidikan Melayu dan Inggeris. Perjuangan melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek kegiatan berpersatuan lebih bercorak budaya , agama, dan sosial. Manakala dalam jangka panjang lebih bersifat politik.

Selepas tamat perang Dunia Pertama, British meneruskan kuasa penjajahan dengan mengekang dan menindas kebanyakan masyarakat melayu ketika itu. Di bawah rancangan British, dasar pro Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orangorang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.

Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di Parlimen British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke Singapura, melalui persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan Union. Himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato' Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak. Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:

1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato' Onn Jaafar, Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Dato' Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama

Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union. Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.

Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.

Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dandibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggung-jawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah
dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini
sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.


Thursday, 7 June 2018

REVOLUSI BERDARAH SOEMATERA TIMOER

Cuba lihat pada gambar dibawah ni. Nampak seperti para bangsawan Melayu kan?
Tetapi mereka bukan di negara kita. Mereka adalah dari Sumatera. Mereka semua adalah putera2 sultan di beberapa kesultanan di Sumatera Timur. Kebanyakkan putera2 sultan ini serta kerabat mereka hanya bertahan sehingga tahun 1946 sahaja, malah nyawa mereka pun berakhir pada Mac 1946. Apakah sebabnya 1946?

Sumber: Mohd Aznam dan Sengal
Paranormal Team - SEPAT



* Gambar Putera-putera Melayu di Sumatra Timur dari Royal Houses of Deli, Langkat dan Serdang *

Pada tahun tersebut ada peristiwa besar telah berlaku.

Pertama, rakyat Indonesia sedang melawan penjajah Belanda dan kedua, pembunuhan besar2an keluarga kesultanan Melayu di Sumatera. Bukan satu malah banyak Kesultanan seperti Kesultanan Asahan, Deli, Langkat, Serdang dan lain2. Sultan Serdang, Sultan Sulaiman Syariful Alam Shah dipercayai telah dibunuh oleh perusuh-perusuh.

Dari beberapa artikel yang dibaca, peristiwa ni berlaku hanya dalam satu malam sahaja iaitu pada 4 Mac 1946. Bukan Sultan saja dibunuh malah keseluruhan ahli keluarga mereka termasuk kerabat2 dan waris mereka yang diketahui oleh para perusuh. Malah yang ada gelaran "Wan" dan "Tengku" juga habis dibunuh.



Kaum wanita pula malah puteri-puteri Sultan diperkosa dan kemudian dibunuh. Kejadian zalim saling tak tumpah seperti
Bosnian genocide.

Puncanya begini, Kesultanan2 melayu ini kaya raya dan mereka kebanyakannya mengupah atau menggaji buruh2 yang kebanyakkannya dari pulau Jawa dan sampai ke satu tahap, penduduk luar ni terlebih ramai dari penduduk tempatan.



Seperti yang berlaku di sini jugalah British nak buat Malayan Union menggesa SultanSultan kita supaya bersetuju tetapi nasib baik tak menjadi. Di Sumatera pula, Belanda memaksa beberapa Kesultanan Melayu di sana supaya akur dalam therma perjanjian dengan Belanda, kerana sesuatu sebab kesemua Sultan-Sultan Melayu ini terpaksa akur. Parti Komunis Indonesia (PKI) yang sama berjuang dengan Sarekat Islam dan Sukarno untuk menghalau Belanda telah mewarwarkan kepada seluruh rakyat Sumatra bahawa Sultan-Sultan ini telah mengkhianati perjuangan memerdekakan Indonesia Raya.



Sukarno dan Sarekat Islam tidak sempat untuk berbuat apa2 untuk membendung rusuhan yang diapi2kan oleh PKI, sebab mereka terpaksa berhadapan dengan bala tentera Belanda di Pulau Jawa.

Sudahnya, habis segala keturunan, istana2 termasuk budaya kesultanan Melayu hancur. Jarum2 PKI semakin ampuh.

Selepas Indonesia merdeka pun mereka masih lagi cuba membuat onar. Selama 2 dekad PKI cuba lagi, tidak cukup dengan kehancuran Kesultanan Melayu Sumatera, Jeneral2 besar Indonesia pun dibunuhnya dalam peristiwa Lubang Buaya. Jeneral Suharto yang sudah cukup bersabar sejak sekian lama bertindak balas dengan menggulingkan Presiden Sukarno yang mula terpengaruh dengan ideologi Komunis ni dan sudahnya seramai 2 juta anggota Parti Komunis Indonesia terbunuh dalam konflik dengan kerajaan Indonesia.



Itulah sebabnya semasa Acara Perasmian dan Penutup Sukan SEA Palembang yang lalu, kita dapat melihat budaya mereka yang saling tak tumpah seperti budaya melayu di Malaysia, berbaju melayu, berbaju kurung, adat resam, rentak2 muziknya....

Terima kasih lah kepada Belanda dan Inggeris dengan kerja-kerja kejinya dalam Perjanjian 1824 yang memisahmisahkankan nusantara ini.

DEMOCRACY, MONARCHY AND BANKS


Muhammad Firdaus

Makin bertambah ramai Melayu yang 'captive-minded' mengkritik sistem kesultanan, mereka bebas melakukan itu, tetapi kritikan mereka cacat jika mereka tidak tahu dan tidak mahu mengkritik sejarah hitam demokrasi juga.

Hanya kerana mereka merasa manisnya umpan gula-gula slogan 'Sovereignty belongs to the people' /'Ketuanan Rakyat' yaitu slogan topeng penyembunyi sopak Revolusi Perancis. maka mereka anggap diri mereka sudah lebih maiu?

Mereka benci pada 'Ketuanan Sultan', tetapi suka pula pada 'Ketuanan Rakyat'. Paling tidak ketuanan sultan itu ada kaitan rapat dengan memelihara agama (dari segi teorinya baik), ketuanan rakyat pula tanggungjawab nya memelihara apa dan sumber ketuanan itu dari mana? Hawa nafsu majoriti. Dari segi teori sahaja sudah tiada asas.

Raja ada tanah jajahannya, macam rumah kamu itu tanah "jajahan" kamu, kamu tuan rumah, kamu berhak menyerahkan rumah dan tanah kamu kepada anak cucu kamu.

Golongan Melayu jenis ini lupa bahawa nak atau tidak pemerintahan tetap kekal di tangan The Few, sama ada di dalam Feudalisme ataupun Demokrasi.

Dalam demokrasi mereka ada 'Manufacturing of Consent', 'Control you through what you love' (rujuk Brave New World), ada 'Perception Control & Management', ada oligarchy perbankan & pemilik kapital. Mereka ini telah banyak kali berjaya buat kamu "pilih" apa yang mereka nak kamu pilih, walaupun pilihan kamu itu selalunya membawa kelebihan untuk mereka dan kerugian untuk kamu.

Kalau golongan Melayu ini yakin mereka sudah lebih pandai memilih "Rakyat sudah tidak bodoh" mereka harus jelaskan, atas dasar apa "lebih pandai" mereka ini? Jelaskan juga dengan bukti bahawa majoriti selalu memilih atas dasar kebenaran, bukan nafsu. (Rujuk Solomon Asch's Conformity Test).

(Rujuk juga AI-Quran 6:116).

Benarlah bahawa sistem pendidikan moden kita hari ini banyak melahirkan pengkritik
sebelah mata dan separuh akal sahaja.

Kaji betul-betul tentang sistem Khilafah & Kesultanan melalui pihak yang mempertahan juga, bukan hanya dari pihak yang menyerang. Jangan hanya dimomokkan oleh kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang sehingga kemampuan membuat penilaian yang rasional juga mangkat.

THE RULER

Aku pernah menterjemah karya 'The Prince' di bawah tajuk 'Sang Penguasa' yang diterbitkan oleh Thukul Cetak.

Dalam karya tersebut secara dasarnya, terdapat empat jenis topik yang dibincangkan oleh Machiavelli. Bahagian pertama, Machiavelli membincangkan jenis-jenis kerajaan yang pernah terbentuk sejak dari zaman purba sehinggalah ke zamannya.

Kemudian, Machiavelli bincang macam mana nak dapatkan kuasa berdasarkan jenis-jenis kerajaan ini. Kemudian, Machiavelli bincang pelbagai jenis tentera dan menteri yang patut disimpan dan yang patut dibunu. Akhir sekali, Machiavelli bincang bagaimana
seharusnya penguasa memerintah.

Aku nak kongsikan bahagian yang akhir sekali. Ada beberapa ciri ataupun 'golden rule' yang patut diikuti oleh pemimpin supaya dapat memelihara kuasa dan
negaranya menurut kaca mata Machiavelli.

1. Machiavelli tak tetapkan kompas moral dan etika dalam diri pemimpin. Bagi Machiavelli pemimpin yang baik adalah pemimpin yang tak menjadikan moral sebagai kompas.

Moral dapat hadkan penguasa untuk berintdak. Ini bukan bermaksud penguasanya menjadi tak bermoral. Penguasa harus menjadi orang yang 'amoral' (tak ada kompas moral) bukannya 'immoral' (tidak bermoral).

Kadangkala, menjadi penguasa tak bermoral pun boleh menjadi punca kejatuhan penguasa. Menjadi 'amoral' mampu membuatkan penguasa lebih lentur dan fleksibel.

2.Machiavelli mencadangkan supaya pemimpin ini menjadi realistik. Memimpin seperti mana realitinya berlaku bukan memimpin seperti sepatutnya dia pimpin. Kalau ikut 'sepatutnya', pemimpin akan mudah dijatuhkan.

Penguasa Machiavellian bertindak fleksibel mengikut keadaan. Mereka tak bertindak mengikut saranan kuasa tertinggi seperti Tuhan.

Kalau menipu dapat menyelamatkan keadaan, Machiavellian akan menipu walaupun Tuhan melarang manusia menipu.

3. Penguasa yang baik adalah penguasa yang belajar untuk tidak menjadi baik. Machiavelli sedar rakyat cintakan penguasa yang jujur, amanah, telus dan tak menipu.

Tetapi Machiavelli juga sedar, penguasa begini tak mampu bertahan lama.

Manifesto-manifesto adalah salah satu bentuk gula-gula penipuan untuk meraih penyokong. Kadang ada bentuk-bentuk manifesto yang tak realistik.

Politik ini macam pemasaran. Kalau kita nak barang kita laku, kita kena jual model perempuan dan jual agama. Nak jual produk, kena ada model perempuan yang seksi untuk promosi.

Kalau nak jual makanan kena letak perkataan 'sunnah'. Nak jual baju kena letak perkataan 'sale'.

Benda ini semua memang tak baik dan tak patut diikuti. Tapi itulah realiti dan lumrahnya kalau nak laku. Kalau ikut 'patut', memang tak terjual. Politik pun begitu. Tak hairan pun sebenarnya bila ada orang jual agama untuk meraih
penyokong.

Untuk mendapat penyokong, ahli politik kena bina persepsi. Persepsi untuk optimumkan antara keamanan negara dan kawalan ke atas rakyat. Walaupun nampak jahat, tapi itulah realitinya untuk berkuasa.

4. Machiavelli juga cakap, kalau penguasa dah terjebak dalam pelbagai kejahatan, jangan bagi rakyat nampak kita ini asyik buat jahat saja.

Terus berlakon dan pura-pura baik. Purapuralah turun padang, kasi orang miskin makan, berbasikal. Ini semua adalah persepsi supaya sokongan rakyat berada pada tahap optimum.

Benda ini tak pelik. Kawan kita yang buat jahat banyak kali pun, bila tiba-tiba dia pergi haji, kejahatannya semua kita dah lupa. Orang alim buat baik hari-hari, buat jahat sekali terus dikecam.

Konsep yang sama diaplikasikan ke atas penguasa.

5. Setiap penguasa yang hebat, ada kerja jahat yang mereka buat untuk memastikan musuh-musuh mereka dihancurkan selumut-lumutnya.

DS Anwar pernah dipenjarakan oleh Dr. Mahathir. Walsingham pernah membunuh musuh yang cuba mengganggu kuasa Ratu Elizabeth. Julius Caesar pernah menggulingkan konsulnya sendiri untuk memerintah seorang diri.

Bagi Machiavelli, berlaku kejam tak apa. Tetapi ada tahapnya. Kalau selalu buat kejam, rakyat akan benci. Tetapi kekejaman itu perlu untuk memelihara kuasa. Ia perlu optimum dan fleksibel.

Khalifah pertama Abbasiyyah membunuh seluruh keluarga Umayyah tetapi berlaku baik terhadap rakyatnya sampai digelar sebagai 'Penumpah Darah (Blood Shedder)'. Tetapi rakyat tak memberontak ke atasnya.

6. Setiap negara yang baik akan ada kerja kotor (dark) yang dibuat. Menurut Machiavelli, kalau pemimpin terpaksa buat kerja kotor memastikan kuasanya dan negaranya terjamin, biarkan orang lain yang buat kerja kotor tersebut.

Pemimpin patut arahkan orang lain supaya kerja kotor itu diselesaikan tanpa penglibatan pemimpin secara langsung. Kerja kotor ini lama-lama akan diketahui oleh rakyat.

Kalau rakyat tahu pemimpin yang buat kerja kotor ini, pemimpin boleh gunakan orang yang dia arahkan tadi sebagai kambing hitam.

Rakyat akan lihat pemimpin ini adil kerana sanggup menghukum pembesarnya sendiri sedangkan arahan kerja kotor itu datang secara langsung daripada pemimpin sendiri.

7. Machiavelli cakap pemimpin sepatutnya jadi seorang yang ditakuti dan dicintai. Tapi kalau tak boleh dapat dua-dua, lebih baik ditakuti daripada dicintai.

Dicintai oleh rakyat memang perkara yang seronok. Tapi bagi Machiavelli ia membuatkan pemimpin lebih mudah dipergunakan dan rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk minta benda yang bukan-bukan.

Pemimpin juga akan mudah dipijak oleh orang bawahannya. Hal ini berbeza apabila pemimpin ditakuti. Rakyat akan lebih realistik dan menghormati pemimpinnya.

6 Pemimpin pada gambar di bawah ini adalah antara penguasa Machiavellian.

Hasil tulisan Zamir Mohyedin



Sunday, 3 June 2018

HAK ORANG MELAYU DINAFIKAN SEJAK ZAMAN PENJAJAH


Oleh Haspaizi Mohd Zain

Barangkali masih ramai orang Melayu tidak mengetahui atau sengaja tidak mahu mengetahui mengenai kewujudan buku himpunan esei berjudul Contesting Malayness terbitan sebuah
universiti Singapura yang menjurus kepada pandangan bahawa bangsa Melayu tidak
pernah wujud di muka bumi ini.

Dakwaan seperti itu tentunya pelik bagi kita yang sudah sebati dengan kisah Kesultanan Melayu dan
kehebatan hulubalang Melayu seperti Laksamana Hang Tuah dan Hang Jebat.

Malah, Sejarah Kesultanan Melayu Melaka sudah membuktikan bahawa Selat Melaka pernah menjadi pusat dagangan dunia yang terkemuka. Namun, penjajah yang menakluki Melaka bukan saja meruntuhkan empayar gemilang itu, tetapi turut memusnahkan sejarah kegemilangan Melayu.

Bukan soal itu yang
ingin diperdebatkan, sebaliknya penulis mahu mencari jawapan terhadap motif penghasilan buku itu yang bagaikan cuba menafikan hak orang Melayu di bumi bertuah
ini.
Apa lagi yang Singapura mahu daripada Melayu? Mungkin ayat ini terlalu kasar, namun adakah kita terfikir apakah motif universiti negara jiran itu menerbitkan buku yang cuba menafikan kewujudan Melayu.
Cukuplah bangsa Melayu diperlekeh dan dipersendakan. Khabarnya, di pintu masuk Muzium Singapura, dinyatakan bahawa Melayu sebagai bangsa lanun dan pencuri. Melayu bukan lanun ataupun pencuri, Melayu juga bukan pemalas, Melayu ada tamadunnya yang penuh dengan kegemilangan.

Dalam konteks Malaysia, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah yang mana sokongan pengundi Cina didominasi sepenuhnya DAP. Malah, keputusan itu menyebabkan PRU-13 dinamakan sebagai
‘Tsunami Cina’.
Malah, kini beberapa perkara yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mula dicabar oleh pihak tertentu, bukan itu saja, ada juga yang menuntut hak sama rata untuk
semua kaum di negara ini ketika Bumiputera masih jauh ketinggalan.
Senario politik negara hari ini menyaksikan semakin ramai bukan Bumiputera mula bersuara
menuntut hak sama rata dengan Bumiputera, kononnya hak mereka dinafikan, benarkah hak bukan Bumiputera di negara ini dinafikan?
Siapa menjuarai ekonomi
Malaysia?

Sebenarnya, bangsa Melayu sudah lama dinafikan hak mereka di bumi sendiri. Malah bagi Pengkaji dan
Penyelidik Sejarah, Dr Zaharah Sulaiman, Melayu adalah satu bangsa yang hebat dan mampu berdiri sama tinggi dengan kaum lain di negara ini jika hak mereka
tidak dinafikan dari awal lagi.
Melayu bangsa hebat
Bagi Zaharah, Melayu
adalah bangsa yang hebat dan kehebatan Melayu itu dicemburui oleh bangsa lain
di dunia ini. Sebab itulah apabila penjajah menguasai Tanah Melayu, mereka bukan saja menafikan hak bangsa itu tetapi turut memusnahkan kegemilangan Melayu.

“Hak bangsa Melayu di negara ini sudah dinafikan sejak zaman penjajahan British lagi, orang
Melayu tidak diberikan peluang untuk mendapat pendidikan tinggi seperti bangsa lain, orang Melayu ditempatkan di kawasan pedalaman dan hanya menjalankan kegiatan pertanian.
“Sedangkan
bangsa lain yang dibawa masuk ke tanah Melayu bukan saja dianggap sebagai rakyat British, malah mendapat pelbagai keistimewaan berbanding bangsa Melayu.
Kumpulan ini ditempatkan di kawasan bandar, menguasai sektor perlombongan dan perniagaan.
“Melayu bukannya tidak hebat, Melayu bukannya bangsa pemalas, tetapi hak Melayu dibuminya sendiri sudah dinafikan sejak zaman berzaman. Jika ada pihak bukan Melayu berkata hak mereka dinafikan, sebenarnya hak Melayu yang dinafikan,” ujarnya.

Jika hak bangsa Melayu tidak dinafikan sejak dari dulu lagi, hari ini mungkin sudah ramai orang
Melayu muncul sebagai ahli perniagaan berjaya dan mungkin juga jurang ekonomi antara bangsa Melayu dan bangsa lain tidaklah begitu ketara sekali.
Ketika mana bukan Bumiputera mendakwa hak mereka dinafikan di bumi Malaysia ini, ketika itu
jugalah bangsa Melayu sedang merangkak dan terkial-kial berusaha untuk merapatkan jurang ekonomi mereka.

Jika bukan Melayu mendakwa mereka terpinggir, persoalannya siapa yang menguasai ekonomi negara, siapa yang mendominasi penempatan di bandar-bandar utama di negara ini?
Hanya segelintir Melayu mampu berbangga kerana berjaya membeli aset di kawasan bandar.
Kenapa bangsa lain cukup cemburu dengan Melayu sehinggakan mereka sanggup memusnahkan sejarah kegemilangan Melayu? Kenapa juga bangsa Melayu hari ini terutama golongan muda
masih ‘tidur’ dan leka dengan permainan dunia sedangkan bangsanya sedang diserang di segenap pelosok?
Apakah orang Melayu mahu sejarahnya ditentukan oleh bangsa lain?
Cukuplah sudah Istana Raja Melayu
yang gemilang pada suatu masa dulu kini dijadikan muzium oleh pihak tertentu, Melayu perlu sedar bahawa ada pihak sedang menunggu untuk menjadikannya artifak dan dipamerkan di muzium.
Melayu terpaksa mengambil masa yang begitu lama berjuang untuk memperjuangkan haknya, namun
bangsa lain boleh menuntut sesuatu daripada orang Melayu hanya dalam tempoh ‘satu malam’ dan tidak perlu melakar sejarah perjuangan yang lama.

Lihat saja apa yang berlaku di Perak ketika pakatan pembangkang mentadbir negeri itu. Atas desakan
pihak tertentu, kerajaan negeri Perak ketika itu memberikan hak pemilikan tanah selama 999 tahun kepada bukan Melayu.
Hari ini, Melayu
juga dilabelkan oleh bangsa yang cukup sinonim dengan rasuah. UMNO yang menjadi tunjang kepada pentadbiran kerajaan di negara ini dilabelkan sebagai sebuah parti korup oleh pihak tertentu.
Tetapi sejarah sudah membuktikan bangsa Melayu masih ketinggalan dan bangsa Melayu belum lagi senang seperti bangsa lain. Cuba kita buat penilaian bangsa mana yang sudah lama kaya di negara ini dan bangsa mana mengajar Melayu erti rasuah, tepuk dada tanyalah
hati.
Segala yang buruk dilabelkan kepada bangsa Melayu, sedangkan Melayu belum ramai kaya-raya, belum lagi menguasai sektor perniagaan dan tidak ramai mampu memiliki aset jutaan
ringgit di ibu kota, siapa sebenarnya yang menguasai sektor komersial dan siapa sebenarnya paling ramai rasuah, Melayu atau bukan Melayu?

Melayu kena bangkit Sejarawan Barat sepakat dan mengiktiraf bangsa Melayu sebagai pakar dalam bidang maritim yang
mana sejarah membuktikan bahawa bangsa ini sudah memiliki kapal yang besar pada zaman kegemilangannya mengalahkan kapal milik Portugis dan kapal tersebut dikenali sebagai ‘Mendam Berahi’.
Namun, itu semua sudah tinggal sejarah, hari ini bukan saja sejarah Melayu sedang diperkotak-katikkan dan diubah bangsa lain, malah bangsa Melayu sendiri sudah
berpecah kepada beberapa mazhab kerana berimankan pemimpin politik yang berlainan ideologi. Inilah yang melemahkan Melayu.

Bangkitlah Melayu, bangsamu bukannya bangsa lemah dan pemalas tetapi bangsamu adalah bangsa yang hebat dan pernah mencipta kegemilangan. Marilah kita cipta kembali kegemilangan

Melayu pada abad baru ini.
Dakwaan bangsa Melayu tidak pernah wujud hanyalah ‘ketakutan’ bangsa tertentu terhadap
kehebatan bangsa Melayu, Melayu tersebar hampir ke seluruh dunia, Melayu ada di mana saja termasuk di Zanzibar dan Madagascar.