Wednesday, 20 June 2018
APA ITU LIBERAL?
Kami tengok ramai orang tak tahu apa maksud liberal dan apa kesan liberalism. Izinkan kami untuk berkongsi sedikit knowledge tentang LIBERAL.
== Apa itu liberal? ==
Asalnya dari perkataan Latin iaitu "liber".. Maksudnya bebas atau bukan hamba.
Konsep liberal ini adalah konsep dimana kita bebas buat apa yang kita suka asalkan tak kacau orang. Ini bahasa mudahnya.
= So what? Takkan tokleh bebas? =
Haa.. Sekilas pandang kita rasa takde apa pun kan? Tapi liberal ni dia heavy kebebasan dia.
Dalam liberalism, dia punya bebas sampai kita bebas nak buat seks dengan sapa pun.. Sama jantina ke, adik beradik ke.. Lantak.. Nak amalkan agama apa? Ajaran sesat ke apa suka hati.
Bebas asal "tak kacau" orang.
Ada 2 prinsip liberal yang saya nak terangkan:
1. Liberalism Politik - Semua orang sama rata. Perundangan bebas tanpa dipengaruhi raja (taraf sosial) ataupun agama. Bebas. Ini akan bawa kepada
sekular.
2. Liberalism Budaya - Bebas dalam hak peribadi seperti seks bebas, bebas agama dan pemahaman. Nak kawin dengan adik-beradik semua ok. Nak jadi pelacur? Gugur anak? Arak? Bebas semuanya.. Terpulang pada diri sendiri.
== Dari sudut Islam? ==
Liberal ni memang tak ngam dengan Islam. First dari istilah lagi, "liber" maksudnya bebas atau bukan hamba..
Dalam Islam, kita semua adalah hamba. Hamba Allah. Jika kita mengaku kita bukan hamba Allah? Pandai-pandai lah berfikir.. 😆
Dalam konsep Liberalism, agama Islam tiada kuasa dalam perundangan. Agama tu pergi lantak agama. Tak boleh kacau perundangan. Itu adalah Sekular.
Sekular membawa maksud kerajaan atau entiti yang wujud dipisahkan dari agama/ kepercayaan.
So kalau negara kita amal liberal, kita sudah bukan negara Islam. Hanya negara Malaysia. Tiada kaitan dengan Islam.
== Dari sudut sosial? ==
First boleh nampak Liberal ni tak kisah nak seks bebas ke, LGBT ke.. incest ke.. Tak heran.. Sebab bebas.
Apa kesan kalau kita amalkan seks bebas? Selain dari penyakit boleh mengundang masalah sosial lain. Perlu ke saya nak terangkan tentang keburukan seks bebas?
Dalam liberal nak jadi pelacur tiada masalah. Bayangkan ada Coaching atau Seminar Pelacur nanti? Dah la orang kita rajin buat seminar.. 😁
Apa keburukan pelacuran, LGBT dan sebagainya? Fuhh sangat banyak. Masalah sosial akan bertimbun. Akan wujud legasi filem porno Malaysia. Banyak gadis akan hilang dara pada umur muda. Akan wujud banyak kes seludup perempuan untuk dijadikan pelacur dan pelakon porno.
Habis punah masyarakat. Ini yang berlaku di US. Liberal. Bebas. Siap ada yang buat seks tepi pantai, tepi jalan. Rata-rata masuk sekolah menengah dah hilang dara-teruna.
Dalam liberal tiada lagi istilah ajaran sesat. Terpulang orang nak ikut apa. Ayah Pin ke, ayah pon ke.. Bebas.. Sebab tu kat US banyak Cult pelik-pelik.
(Cult - ajaran sesat)
== Inilah Liberal ==
Post ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang liberal kerana saya nampak masih ramai yang tak faham tentang liberal.
Ada yang kata "Owh, saya liberal part ni je, bukan liberal semua".. Tak boleh guna pendekatan begitu sebab bila agree dengan liberal bermaksud kita join pemahaman liberalism.
Contohnya saya orang Islam. Dan ada perkara dalam agama Kristian yang menyuruh berbuat baik.. Jika saya buat baik, adakah saya kata agama saya Kristian? Tidak.. Sebab tak boleh ambil suku-suku kemudian kita claim kita kelompok itu.
Kami harap kawan-kawan tidak main balun je sokong Liberal. Fahami dulu. Lagi-lagi yang muslim. Takut terpesong je..
M Faris Amir.
Saturday, 9 June 2018
RAJA-RAJA MELAYU ADA DIPERLAMBANGKAN DALAM FALSAFAH KERIS
Sebagaimana seorang Melayu seharusnya tahu yang Keris selain berfungsi sebagai senjata, ia juga adalah perlambangan kuasa yang menjadi ganti diri Raja-raja Melayu.
Dr. Tenas Effendy dipetik melalui kajiannya ada menulis tentang fungsi lain keris, ditulis di dalam buku Semangat Keris Melayu oleh Emil Bahan;
"Keris menjadi batang tubuh,
Boleh berwakil boleh disuruh,
Boleh mengganti boleh berjanji, Boleh berupa boleh menyerupa,
Boleh sekejap sekejap atau sementara,
Boleh berlambat atau berlama. ”
Sememangnya Keris ada menghimpunkan banyak falsafah bagi menggambarkan kehormatan seorang Raja Melayu yang bersemayam di atas takhta.
Keris tidak perlu ditayang-tayang bilah dan rupanya kerana melalui sarungnya sahaja, sudah tahu panjang dan diagak rupa bilah atau loknya.
Melihat ukiran maksud pada hulu, dokok, sampir, batang serunai, buntut pada sarung, kehalusan dan jenis kayunya pun sudah menggambarkan peribadi, susuktubuh dan perlambangan bilah keris di dalamnya secara tidak langsung.
Ia sama seperti tindakan, kelakuan, kegemaran, gaya riak wajah serta bahasa tubuh baginda sekalipun sudah cukup menggambarkan akan personaliti, karisma dan kewibawaan baginda selaku ketua dan pemimpin negara.
Gaya baginda menunjukkan keikhlasan dan zuhud beliau selaku raja yang benar-benar layak di tempatnya tanpa perlu bertitah tentang kuasa yang dimiliki atau apa yang baginda perkenan atau tidak sudi mencemar duli untuk apa-apa pun atas kehendaknya.
Keris yang dihunus akan kemudiannya mempamerkan pamor, kualiti tempaan dan perapian penjagaannya. Tajam, bisa ancaman yang dibawa oleh Keris menggambarkan kuasa sebenar Raja-raja Melayu dan seringkali apabila Keris diacung keluar dari sarung;
Pantang keris hunus separuh,
Tanda kerja separuh jalan,
Pantang keris hunus penuh,
Jika darah bukan taruhan.
Jelas, kesucian titah dan perkenan baginda hanya disuarakan apabila benar-benar perlu dan betul-betul tepat pada masanya.
Ganti diri Keris sebagai perlambangan Raja-raja Melayu ini dalam maknanya, maka kerana itu keris wujud sebagai
sebahagian dari alat kebesaran Raja-raja Melayu.
Jadi, awas bila hamba rakyat sesuka hati mencanang seluruh negeri yang Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan institusi Raja-raja Melayu akan dipinta akur untuk tunduk pada kemahuan hambanya, tidak kira atas kemahuan dan sebab apa pun.
Kerana jika Keris milik baginda akan diacung dan dihantar tanpa bersarung sebagai tanda murka jika dijadikan bahan suka-suka tanpa perkenan baginda dan redha-Nya.
"Keris itu jika hulunya Raja, maka
bilahnya adalah rakyat dan sarungnya pula adalah negara".
Keris pesaka duduk diam,
Jangan disangka tidak tajam,
Habis belaka kaduk disiram, Jangan disangka hendak dipendam.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Friday, 8 June 2018
KETUANAN MELAYU
Oleh: Penulis Muda Melaka
Mungkin TS Rafidah kurang faham apa itu maksud dengan ketuanan Melayu ini. meh saya terangkan sikit.
'Ketuanan Melayu' sendiri di-terjemah kepada Malays Supremacy (keagungan Melayu) dalam bahasa Inggeris seterusnya menyebabkan ramai menterjemah kembali ungkapan tersebut sebagai meletakkan orang Melayu sebagai 'tuan' sementara bukan Melayu sebagai 'hamba'.
Faktor pemahaman bahasa ini menjadi antara punca utama 'ketuanan Melayu' ditakuti orang bukan Melayu. Terjemahan Malay Supremacy itu sangat buruk dan meletakkan orang Melayu umpama watak jahat seperti gerakan
White Supremacy (keagungan kulit putih) masyarakat Australia sekitar 1950-an dan Ku Klux Klan di Amerika Syarikat serta Nordic Supremacy di Eropah.
Inilah yang berlaku terutamanya dalam kalangan orang bukan Melayu yang menyamakan konsep ketuanan Melayu dengan sistem hamba abdi dan dalam situasi ini, bukan Melayu disifatkan sebagai golongan hamba.
Mereka sepatutnya faham itu cuma perumpamaan Melayu sebagai 'tuan rumah' ke atas Tanah Melayu (Malayland) seperti mana Thailand untuk orang Thai, China untuk orang Cina dan India untuk orang India. Ada satu sahaja Tanah Melayu di dunia ini.
Jika kita faham sejarah, maka sepatutnya kita tahu bahawa rantai ini digelar Kepulauan Melayu (Malay Archipelago) yang merangkumi selatan Thailand, selatan Filipina, Tanah Melayu, Indonesia, Brunei dan Singapura.
Konsep Ketuanan Melayu itu cuma menggambarkan kesinambungan kekuasaan dan pemerintahan sistem raja -raja Melayu di rantau ini sejak zaman kerajaan Srivijaya sejak abad ketujuh Masihi yang dianggap empayar Melayu pertama dalam rekod sejarah.
'Alam Melayu' tidak akan berpecah menjadi beberapa negara berlainan jika tiada sejarah penjajahan Eropah tetapi 'Melayu' tetap tidak akan hilang di rantau
Saya faham ada anak muda sekarang yang bagi mereka seseorang yang lahir di negara ini sudah cukup untuk menerima layanan 'sama rata', ini termasuk anak muda Melayu sendiri, bukan Cina dan India sahaja.
Mereka perlu faham asas dan sejarah penubuhan negara kita. Negara ini ada raja yang kita panggil 'Tuanku', bukannya untuk gambarkan Melayu tuan, sementara bukan Melayu itu hamba sebaliknya raja itu lambang pemerintahan, agama dan perpaduan yang perlu dihormati.
Selama Rafidah ini menjadi menteri UMNO, dia lah antara org yang bercakap supaya kita mempertahankan UMNO tapi
sekarang skrip dah jadi lain.
KENAPA PERLU PERTAHANKAN MELAYU
Tau kenapa para pejuang kemerdekaan dulu masukkan Hak Keistimewaan Bumiputra?
Kerana sejak ratusan tahun dijajah bumiputra disisihkan,
Dibiarkan tanpa pembelaan,
Dibiarkan dengan kehidupan sara hidup
Dibiarkan tertinggal dr arus permodenan,
Dibiarkan terasing di kampung2
Manakala kaum pendatang (ketika itu) diberikan kerja yg bersifat komersial,
Hidup dengan pekerjaan tetap,
Diberikan tempat menginap dan sekolah,
Diberikan mengendalikan ekonomi dan harta bumi,
Bandar pusat ekonomi diberi pada cina, Lombong sumber hasil diberi pada cina India pula diberi peluang ekonomi komersial di ladang,
India diserap menjadi profesional membantu penjajah,
Melayu?
Kekal dgn peribahasanya
"Kais pagi, makan pagi Kais petang, makan petang"
Tiada peluang,
Tiada bantuan,
Perkara ini berlanjutan hampir 200 tahun sebelum merdeka.
Cina angkut taik, India angkut getah.
Yup benar, tapi itu ratusan tahun sebelum merdeka,
Tapi, ketika zaman pra merdeka,
Si cina menjadi orang kaya, Penguasa lombong dan peniaga
Kerana apa?
Kerana British memelihara mereka,
Kerana negara asal mereka membantu mereka.
Orang Melayu?
Kekal tinggal di kampung menanam padi utk dijadikan nasi, Menahan bubu utk dijadikan lauk.
Siapa kisah?
Tiada siapa.
Hendak harapkan British,
Sekadar sekolah Melayu tidak kemana,
Paling tinggi menjadi cikgu sekolah,
Anak bangsawan sekadar pegawai daerah.
Mengadu ke negara asal?
Inilah negara sendiri yg dirampas harta-hartanya.
Maka kerana itu mereka sedar,
Kita tidak mahu cina dan india sebagai rakyat kita.
Cukuplah ratusan tahun mereka menjarah, Memakan hasil bumi kita.
Kita kita perlu merdeka,
Menjadi penguasa di bumi kita,
Tapi .........
Kerana Melayu adatnya sopan, Kerana Melayu tak sampai gamak, Kerana Melayu mudah berkawan, Kerana Melayu tiada tamak.
Jadi semua diterima dengan bersyarat
Kerana mereka tahu jika
Hak Istimewa Melayu tidak diletakkan,
Apa jadi pada nasib anak bangsa?
Jika tiada Hak Istimewa Melayu, Teruslah Melayu menjadi Layu, Teruslah Melayu menjadi mundur, Terus Melayu semangat luntur.
Sebab?
Macam mana nak bersaing dgn org yg sedia ada telah berharta.
Macam mana nak bersaing dgn org yg sedia ada telah berilmu,
Yup benar itu adalah sejarah lama, Kita dah menuju Malaysia baru,
Tapi kalau kita saling menghormati hak antara satu sama lain,
Tiada isu
Hidup toleransi
Negara aman harmoni.
Kerana sejak ratusan tahun dijajah bumiputra disisihkan,
Dibiarkan tanpa pembelaan,
Dibiarkan dengan kehidupan sara hidup
Dibiarkan tertinggal dr arus permodenan,
Dibiarkan terasing di kampung2
Manakala kaum pendatang (ketika itu) diberikan kerja yg bersifat komersial,
Hidup dengan pekerjaan tetap,
Diberikan tempat menginap dan sekolah,
Diberikan mengendalikan ekonomi dan harta bumi,
Bandar pusat ekonomi diberi pada cina, Lombong sumber hasil diberi pada cina India pula diberi peluang ekonomi komersial di ladang,
India diserap menjadi profesional membantu penjajah,
Melayu?
Kekal dgn peribahasanya
"Kais pagi, makan pagi Kais petang, makan petang"
Tiada peluang,
Tiada bantuan,
Perkara ini berlanjutan hampir 200 tahun sebelum merdeka.
Cina angkut taik, India angkut getah.
Yup benar, tapi itu ratusan tahun sebelum merdeka,
Tapi, ketika zaman pra merdeka,
Si cina menjadi orang kaya, Penguasa lombong dan peniaga
Kerana apa?
Kerana British memelihara mereka,
Kerana negara asal mereka membantu mereka.
Orang Melayu?
Kekal tinggal di kampung menanam padi utk dijadikan nasi, Menahan bubu utk dijadikan lauk.
Siapa kisah?
Tiada siapa.
Hendak harapkan British,
Sekadar sekolah Melayu tidak kemana,
Paling tinggi menjadi cikgu sekolah,
Anak bangsawan sekadar pegawai daerah.
Mengadu ke negara asal?
Inilah negara sendiri yg dirampas harta-hartanya.
Maka kerana itu mereka sedar,
Kita tidak mahu cina dan india sebagai rakyat kita.
Cukuplah ratusan tahun mereka menjarah, Memakan hasil bumi kita.
Kita kita perlu merdeka,
Menjadi penguasa di bumi kita,
Tapi .........
Kerana Melayu adatnya sopan, Kerana Melayu tak sampai gamak, Kerana Melayu mudah berkawan, Kerana Melayu tiada tamak.
Jadi semua diterima dengan bersyarat
Kerana mereka tahu jika
Hak Istimewa Melayu tidak diletakkan,
Apa jadi pada nasib anak bangsa?
Jika tiada Hak Istimewa Melayu, Teruslah Melayu menjadi Layu, Teruslah Melayu menjadi mundur, Terus Melayu semangat luntur.
Sebab?
Macam mana nak bersaing dgn org yg sedia ada telah berharta.
Macam mana nak bersaing dgn org yg sedia ada telah berilmu,
Yup benar itu adalah sejarah lama, Kita dah menuju Malaysia baru,
Tapi kalau kita saling menghormati hak antara satu sama lain,
Tiada isu
Hidup toleransi
Negara aman harmoni.
Penulis Muda Melaka
Gerakan Kesatuan Melayu Melahirkan PEKEMBAR(UMNO)
Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengan golongan intelek, agama berpendidikan timur tengah yang dikenali sebagai Kaum Muda pada tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab Melayu yang dipimpin oleh golongan intelek Melayu berpendidikan Melayu dan Inggeris. Perjuangan melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek kegiatan berpersatuan lebih bercorak budaya , agama, dan sosial. Manakala dalam jangka panjang lebih bersifat politik.
Selepas tamat perang Dunia Pertama, British meneruskan kuasa penjajahan dengan mengekang dan menindas kebanyakan masyarakat melayu ketika itu. Di bawah rancangan British, dasar pro Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu. Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orangorang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.
Apabila cara pemerintahan baru di Semenanjung Tanah Melayu diumumkan di Parlimen British pada 10 Oktober 1945, maka orang-orang Melayu dari Perlis ke Singapura, melalui persatuan masing-masing, berkumpul dan bersuara membantah penubuhan Malayan Union. Himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato' Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak. Tiga usul telah diluluskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato' Onn Jaafar, Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Dato' Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama
Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.
Perjuangan UMNO yang pertama adalah membangkang penubuhan Malayan Union. Melalui akhbar-akhbar seperti Utusan Melayu dan Majlis, suara orang Melayu menentang Malayan Union dapat diketahui. Pemimpin UMNO berjaya menasihatkan Sultan-sultan melayu supaya tidak menghadiri upacara perlantikan Gabenor Malayan Union yang pertama, Edward Gent, dan secara simbolik memanifestasikan kemarahan dan bangkangan orang-orang Melayu terhadap Malayan Union.
Dua bulan selepas wujudnya Malayan Union, Kerajaan British telah mengubah pendirian dan bersedia mengadakan perbincangan dengan wakil-wakil UMNO dan Sultan-sultan bagi mewujudkan satu kerajaan persekutuan baru. Rundingan ini berlangsung hingga 21 Januari 1948 apabila Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan wakil kerajaan British yang mengembalikan semula kuasa-kuasa dan kedaulatan Sultan-sultan. Secara rasmi Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan pada 1 Februari 1948.
Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu ditadbir oleh Pesuruhjaya Tinggi dandibantu oleh beberapa ahli Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan termasuk Yang Di Pertua UMNO, Dato Onn bin Jaafar yang telah diberi tanggung-jawab sebagai Ahli (Member) Hal Ehwal Dalam Negeri. Semasa memegang jawatan itu, Dato Onn telah menubuhkan Lembaga Kemajuan Kampung dan Perusahaan atau Rural and Industrial Development Authority (RIDA) yang bertujuan membantu orang-orang Melayu mencebur dalam bidang perusahaan. Pemerintahan di peringkat Negeri pula adalah di bawah kuasa Menteri Besar dibantu oleh Penasihat British.
Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah
dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.
Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini
sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.
Thursday, 7 June 2018
REVOLUSI BERDARAH SOEMATERA TIMOER
Cuba lihat pada gambar dibawah ni. Nampak seperti para bangsawan Melayu kan?
Tetapi mereka bukan di negara kita. Mereka adalah dari Sumatera. Mereka semua adalah putera2 sultan di beberapa kesultanan di Sumatera Timur. Kebanyakkan putera2 sultan ini serta kerabat mereka hanya bertahan sehingga tahun 1946 sahaja, malah nyawa mereka pun berakhir pada Mac 1946. Apakah sebabnya 1946?
Sumber: Mohd Aznam dan Sengal
Paranormal Team - SEPAT
Tetapi mereka bukan di negara kita. Mereka adalah dari Sumatera. Mereka semua adalah putera2 sultan di beberapa kesultanan di Sumatera Timur. Kebanyakkan putera2 sultan ini serta kerabat mereka hanya bertahan sehingga tahun 1946 sahaja, malah nyawa mereka pun berakhir pada Mac 1946. Apakah sebabnya 1946?
Sumber: Mohd Aznam dan Sengal
Paranormal Team - SEPAT
* Gambar Putera-putera Melayu di Sumatra Timur dari Royal Houses of Deli, Langkat dan Serdang *
Pada tahun tersebut ada peristiwa besar telah berlaku.
Pertama, rakyat Indonesia sedang melawan penjajah Belanda dan kedua, pembunuhan besar2an keluarga kesultanan Melayu di Sumatera. Bukan satu malah banyak Kesultanan seperti Kesultanan Asahan, Deli, Langkat, Serdang dan lain2. Sultan Serdang, Sultan Sulaiman Syariful Alam Shah dipercayai telah dibunuh oleh perusuh-perusuh.
Dari beberapa artikel yang dibaca, peristiwa ni berlaku hanya dalam satu malam sahaja iaitu pada 4 Mac 1946. Bukan Sultan saja dibunuh malah keseluruhan ahli keluarga mereka termasuk kerabat2 dan waris mereka yang diketahui oleh para perusuh. Malah yang ada gelaran "Wan" dan "Tengku" juga habis dibunuh.
Kaum wanita pula malah puteri-puteri Sultan diperkosa dan kemudian dibunuh. Kejadian zalim saling tak tumpah seperti
Bosnian genocide.
Puncanya begini, Kesultanan2 melayu ini kaya raya dan mereka kebanyakannya mengupah atau menggaji buruh2 yang kebanyakkannya dari pulau Jawa dan sampai ke satu tahap, penduduk luar ni terlebih ramai dari penduduk tempatan.
Seperti yang berlaku di sini jugalah British nak buat Malayan Union menggesa SultanSultan kita supaya bersetuju tetapi nasib baik tak menjadi. Di Sumatera pula, Belanda memaksa beberapa Kesultanan Melayu di sana supaya akur dalam therma perjanjian dengan Belanda, kerana sesuatu sebab kesemua Sultan-Sultan Melayu ini terpaksa akur. Parti Komunis Indonesia (PKI) yang sama berjuang dengan Sarekat Islam dan Sukarno untuk menghalau Belanda telah mewarwarkan kepada seluruh rakyat Sumatra bahawa Sultan-Sultan ini telah mengkhianati perjuangan memerdekakan Indonesia Raya.
Sukarno dan Sarekat Islam tidak sempat untuk berbuat apa2 untuk membendung rusuhan yang diapi2kan oleh PKI, sebab mereka terpaksa berhadapan dengan bala tentera Belanda di Pulau Jawa.
Sudahnya, habis segala keturunan, istana2 termasuk budaya kesultanan Melayu hancur. Jarum2 PKI semakin ampuh.
Selepas Indonesia merdeka pun mereka masih lagi cuba membuat onar. Selama 2 dekad PKI cuba lagi, tidak cukup dengan kehancuran Kesultanan Melayu Sumatera, Jeneral2 besar Indonesia pun dibunuhnya dalam peristiwa Lubang Buaya. Jeneral Suharto yang sudah cukup bersabar sejak sekian lama bertindak balas dengan menggulingkan Presiden Sukarno yang mula terpengaruh dengan ideologi Komunis ni dan sudahnya seramai 2 juta anggota Parti Komunis Indonesia terbunuh dalam konflik dengan kerajaan Indonesia.
Itulah sebabnya semasa Acara Perasmian dan Penutup Sukan SEA Palembang yang lalu, kita dapat melihat budaya mereka yang saling tak tumpah seperti budaya melayu di Malaysia, berbaju melayu, berbaju kurung, adat resam, rentak2 muziknya....
Terima kasih lah kepada Belanda dan Inggeris dengan kerja-kerja kejinya dalam Perjanjian 1824 yang memisahmisahkankan nusantara ini.
DEMOCRACY, MONARCHY AND BANKS
Muhammad Firdaus
Makin bertambah ramai Melayu yang 'captive-minded' mengkritik sistem kesultanan, mereka bebas melakukan itu, tetapi kritikan mereka cacat jika mereka tidak tahu dan tidak mahu mengkritik sejarah hitam demokrasi juga.
Hanya kerana mereka merasa manisnya umpan gula-gula slogan 'Sovereignty belongs to the people' /'Ketuanan Rakyat' yaitu slogan topeng penyembunyi sopak Revolusi Perancis. maka mereka anggap diri mereka sudah lebih maiu?
Mereka benci pada 'Ketuanan Sultan', tetapi suka pula pada 'Ketuanan Rakyat'. Paling tidak ketuanan sultan itu ada kaitan rapat dengan memelihara agama (dari segi teorinya baik), ketuanan rakyat pula tanggungjawab nya memelihara apa dan sumber ketuanan itu dari mana? Hawa nafsu majoriti. Dari segi teori sahaja sudah tiada asas.
Raja ada tanah jajahannya, macam rumah kamu itu tanah "jajahan" kamu, kamu tuan rumah, kamu berhak menyerahkan rumah dan tanah kamu kepada anak cucu kamu.
Golongan Melayu jenis ini lupa bahawa nak atau tidak pemerintahan tetap kekal di tangan The Few, sama ada di dalam Feudalisme ataupun Demokrasi.
Dalam demokrasi mereka ada 'Manufacturing of Consent', 'Control you through what you love' (rujuk Brave New World), ada 'Perception Control & Management', ada oligarchy perbankan & pemilik kapital. Mereka ini telah banyak kali berjaya buat kamu "pilih" apa yang mereka nak kamu pilih, walaupun pilihan kamu itu selalunya membawa kelebihan untuk mereka dan kerugian untuk kamu.
Kalau golongan Melayu ini yakin mereka sudah lebih pandai memilih "Rakyat sudah tidak bodoh" mereka harus jelaskan, atas dasar apa "lebih pandai" mereka ini? Jelaskan juga dengan bukti bahawa majoriti selalu memilih atas dasar kebenaran, bukan nafsu. (Rujuk Solomon Asch's Conformity Test).
(Rujuk juga AI-Quran 6:116).
Benarlah bahawa sistem pendidikan moden kita hari ini banyak melahirkan pengkritik
sebelah mata dan separuh akal sahaja.
Kaji betul-betul tentang sistem Khilafah & Kesultanan melalui pihak yang mempertahan juga, bukan hanya dari pihak yang menyerang. Jangan hanya dimomokkan oleh kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang sehingga kemampuan membuat penilaian yang rasional juga mangkat.
Subscribe to:
Posts (Atom)










